Setiap kali selepas solat pasti selalunya kita akan berdoa kepada Allah untuk dipanjangkan umur , dimurahkan rezki , mohon diberikan petunjuk serta hidayah semoga diri tergolong sebagai hamba yang soleh disamping terhindar daripada azab api neraka.
Ketahuilah! umur yang panjang bukan sekadar memberikan kesempatan buat kita menikmati kehidupan didunia yang penuh dengan rahmat Allah. Malah ia untuk menilai sejauh mana kita sudah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Berjaya atau tidak dalam kita menunaikan segala suruhan dan tanggungjawab semua tugasan yang telah diperintahkan oleh Allah atau pun kita hanyut dalam kemungkaran, semuanya itu terletak diatas kesungguhan didalam hati ( niat ) seseorang hamba itu sendiri.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“ Berusahalah mencari keredaan serta rahmatku seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya , dalam pada itu beramallah pula dengan segala kebajikan dan abadat seolah-olah engkau akan mati esok hari ”
Sabda baginda Rasulullah saw.
“ Ada pun sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah mereka yang panjang umurnya serta baik perbuatan dan amalannya, manakala sejahat-jahat manusia ( umatku ) ialah orang yang lanjut usia nya tetapi kekal dalam amalan mungkarnya ”
Menjadi rugilah kepada mereka yang diberikan peluang hidup tetapi mensia-siakan masa depannya dengan perkara – perkara yang dilarang tanpa diringi dengan bertaubat dan berdoa kepada Allah swt mohon diampunkan segala dosa yang dilakukan dimasa lalu , kerana kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja akhirnya kita akan mati. Setiap yang hidup didunia ini pasti akan mati .
Firman Allah swt dalam al-Quran ( surah An-Nisa’ ayat 78 ) “ Walau dimana juga kamu berada , hatta jika bersembunyi didalam bilik yang kukuh sekali pun namun mati akan tetap menemui kamu juga ”
Diriwayatkan oleh Ibnu Umar: “ Pada suatu hari aku datang menemui Rasulullah saw yang ketika itu Baginda berada ditengah sahabatnya yang terkemuka, tiba-tiba terdengar olehku salah seorang daripada mereka bertanya: Wahai Rasulullah , siapakah agaknya manusia yang paling cerdas dan pintar otaknya ? Maka di jawab Nabi Muhammad saw : Ada pun orang yang paling cerdas dan pintar diantara kamu ialah mereka yang paling banyak mengingati mati lalu membuat persediaan menuju kepada matinya.”
Oleh itu apabila kita memohon kepada Allah supaya dipanjangkan umur , sewajarnya kurniaan itu kita manfaatkan untuk memperbanyakkan lagi amal ibadat serta membuat kebajikan sebanyak-banyaknya semasa didunia sebagai bekalan untuk keakhirat nanti. Rugilah mereka-mereka itu kerana masa yang lalu tidak akan kembali lagi.
Seperti Firman Allah dalam surah Asyri’
Artinya : “ Demi masa , sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh , berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan sabar.
Barang diketahui bahawa sesungguhnya ada sebuah keindahan serta kenikmatan lain yang menunggu pada alam akhirat jika kita sebenarnya termasuk dalam golongan Muslimin yang bertakwa.
RUGI MENSIA-SIAKAN HIDUP
ReplyDeleteTANPA TAUBAT
Setiap kali selepas solat pasti selalunya kita akan berdoa kepada Allah untuk dipanjangkan umur , dimurahkan rezki , mohon diberikan petunjuk serta hidayah semoga diri tergolong sebagai hamba yang soleh disamping terhindar daripada azab api neraka.
Ketahuilah! umur yang panjang bukan sekadar memberikan kesempatan buat kita menikmati kehidupan didunia yang penuh dengan rahmat Allah. Malah ia untuk menilai sejauh mana kita sudah melaksanakan segala tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Berjaya atau tidak dalam kita menunaikan segala suruhan dan tanggungjawab semua tugasan yang telah diperintahkan oleh Allah atau pun kita hanyut dalam kemungkaran, semuanya itu terletak diatas kesungguhan didalam hati ( niat ) seseorang hamba itu sendiri.
Firman Allah swt yang bermaksud:
“ Berusahalah mencari keredaan serta rahmatku seolah-olah kamu akan hidup buat selama-lamanya , dalam pada itu beramallah pula dengan segala kebajikan dan abadat seolah-olah engkau akan mati esok hari ”
Sabda baginda Rasulullah saw.
“ Ada pun sebaik-baik manusia menurut pandangan Islam ialah mereka yang panjang umurnya serta baik perbuatan dan amalannya, manakala sejahat-jahat manusia ( umatku ) ialah orang yang lanjut usia nya tetapi kekal dalam amalan mungkarnya ”
Menjadi rugilah kepada mereka yang diberikan peluang hidup tetapi mensia-siakan masa depannya dengan perkara – perkara yang dilarang tanpa diringi dengan bertaubat dan berdoa kepada Allah swt mohon diampunkan segala dosa yang dilakukan dimasa lalu , kerana kehidupan didunia ini adalah sementara sahaja akhirnya kita akan mati. Setiap yang hidup didunia ini pasti akan mati .
Firman Allah swt dalam al-Quran ( surah An-Nisa’ ayat 78 )
“ Walau dimana juga kamu berada , hatta jika bersembunyi didalam bilik yang kukuh sekali pun namun mati akan tetap menemui kamu juga ”