Syariah Islam yang dibawa nabi adalah bertujuan menjaga dan memelihara lima prinsip kehidupan manusia iaitu Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh kerana itu Islam melarang mendekati dan melakukan kerja mungkar atau maksiat iaitu perbuatan yang tidak berakhlak dalam apa jua bentuk sekali pun. Mahluk yang diciptakan Allah swt selain manusia, ia akan mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri jika tidak diambil perhatian. Contoh: Haiwan boleh melalaikan manusia jika tidak dapat dibezakan untuk kebaikan atau sebaliknya, begitu juga manusia itu sendiri jika ia lalai diulit mimpi indah seperti dengan paras rupa yang tampan dan jelita ia akan hanyut dibawa arus kedurkaan. Lupa diri terhadap tanggung jawab terhadap Allah swt pencipta alam semesta ini, lupa akan nikmat yang diterima dari Nya. Semua alam, bulan, bintang, matahari, air, kayu, batu dan sebagainya mempunyai kegunaan yang tersendiri untuk faedah manusia sama ada manusia sedar atau tidak, peranan alam yang dijadikan oleh Allah swt itu tetap dengan tugasnya yang besar bagi menyampaikan maksud kekuasaan Allah sebagai penciptanya yang wajib dihayati. Oleh itu manusia yang dikurniakan akal fikiran gunakan lah akal itu untuk kebaikan diri didunia dan di akhirat. Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhum nya:- “Sejahat-jahat mahluk ialah mereka yang gagal memanfaatkan akal” ( Surah al-Anfal ayat 22: ) Dan, “ diantara golongan ahli neraka adalah mereka yang tidak menggunakan akalnya” ( Surah al-Mulk ayat 10: ) Sifat semula jadi manusia yang mempunyai kelemahan dan kesilapan yang sengaja dilakukan atau sebaliknya, maka oleh itu kita digalakkan agar selalu bertaubat, berbuat baik dan memohon keampunan dari Allah swt . kawal lah nafsu supaya tidak terjerumus kelembah maksiat, hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuan nya, kenapa kamu lakukan itu dan ini, Al-Fudail bin ‘Iyadh berkata: “ Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah nescaya Dia ( Allah ) akan memperbaiki amal perbuatanmu” Untuk mendapatkan sesuatu atau yang dihajati selalunya pelbagai halangan akan ditempuhi, keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri adalah sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Hati suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia itu. Firman Allah swt dalam al-Quran mafhum nya: “ Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya “ ( Surah an-Nisa’ ayat 120-121 )
LIMA PRINSIP KEHIDUPAN MANUSIA
ReplyDeleteSyariah Islam yang dibawa nabi adalah bertujuan menjaga dan memelihara lima prinsip kehidupan manusia iaitu Agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Oleh kerana itu Islam melarang mendekati dan melakukan kerja mungkar atau maksiat iaitu perbuatan yang tidak berakhlak dalam apa jua bentuk sekali pun. Mahluk yang diciptakan Allah swt selain manusia, ia akan mempengaruhi kehidupan manusia itu sendiri jika tidak diambil perhatian. Contoh:
Haiwan boleh melalaikan manusia jika tidak dapat dibezakan untuk kebaikan atau sebaliknya, begitu juga manusia itu sendiri jika ia lalai diulit mimpi indah seperti dengan paras rupa yang tampan dan jelita ia akan hanyut dibawa arus kedurkaan. Lupa diri terhadap tanggung jawab terhadap Allah swt pencipta alam semesta ini, lupa akan nikmat yang diterima dari Nya. Semua alam, bulan, bintang, matahari, air, kayu, batu dan sebagainya mempunyai kegunaan yang tersendiri untuk faedah manusia sama ada manusia sedar atau tidak, peranan alam yang dijadikan oleh Allah swt itu tetap dengan tugasnya yang besar bagi menyampaikan maksud kekuasaan Allah sebagai penciptanya yang wajib dihayati. Oleh itu manusia yang dikurniakan akal fikiran gunakan lah akal itu untuk kebaikan diri didunia dan di akhirat.
Firman Allah SWT dalam al-Quran mafhum nya:-
“Sejahat-jahat mahluk ialah mereka yang gagal memanfaatkan akal”
( Surah al-Anfal ayat 22: )
Dan, “ diantara golongan ahli neraka adalah mereka yang tidak menggunakan akalnya” ( Surah al-Mulk ayat 10: )
Sifat semula jadi manusia yang mempunyai kelemahan dan kesilapan yang sengaja dilakukan atau sebaliknya, maka oleh itu kita digalakkan agar selalu bertaubat, berbuat baik dan memohon keampunan dari Allah swt . kawal lah nafsu supaya tidak terjerumus kelembah maksiat, hati yang hidup biasanya sibuk menyoal pada tuan nya, kenapa kamu lakukan itu dan ini, Al-Fudail bin ‘Iyadh berkata:
“ Sesiapa yang memperbaiki hatinya kerana Allah nescaya Dia ( Allah ) akan memperbaiki amal perbuatanmu”
Untuk mendapatkan sesuatu atau yang dihajati selalunya pelbagai halangan akan ditempuhi, keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri adalah sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan sehari-hari. Hati suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia pada saat itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang dalam badan manusia itu.
Firman Allah swt dalam al-Quran mafhum nya:
“ Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya “ ( Surah an-Nisa’ ayat 120-121 )