Wednesday, March 23, 2011

P.RAMLEE & SALOMA - MALAM KU BERMIMPI (VERSI BARU)

1 comment:

  1. TANDA-TANDA KIAMAT HAMPIR TIBA

    Penaklukan Baitulmaqdis dah jadi dah…. Dari Auf bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. telah bersabda : “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmaqdis.” – Sahih Bukhari

    ~ Zina bermaharajalela dah nampak dah….
    “Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenak-enaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim

    ~ Bermaharajalela alat muzik. Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Juara Lagu…
    “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab : “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita.” – Ibnu Majah

    ~ Menghias masjid dan membanggakannya memang dah nampak dah….
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid.” – Riwayat Nasai

    ~ Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik ada anak tak mengaku mak / bapak disebabkan malu….
    “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturrahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim

    ~ Ramai orang soleh meninggal dunia. boleh kira berapa je para ulama’ yang tinggal…
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dah ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran.” – Riwayat Ahmad

    Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia.” – Riwayat Thabrani

    ~ Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. jiran sesame Islam pun tak bertegur sapa
    “Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad

    ~ … Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. fesyen zaman sekarang (tube, spaghetti strap, g-string dll)
    Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara tanda-tanda berlakunya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakai keadaannya seperti telanjang.”

    ~ Bulan sabit kelihatan besar. tak percaya pergi tengok…
    “Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani

    ~ Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita cuba baca akhbar dan majalah yang popular sekarang ini….
    “Pada akhir zaman akan muncuk pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengam membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengan dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu.” – Sahih Muslim

    ~ Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar tengok kes peperangan Iraq….
    “Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian yang benar.” Riwayat Ahmad

    ~ Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai Dubai dah turun salji…Mina dah dilanda banjir….
    “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai.” – Sahih Muslim

    ReplyDelete