Melengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan ia langkah yang paling berkesan bagi membolehkan seseorang jemaah itu merebut haji yang mabrur yang diimpikan oleh setiap jemaah”
Namun begitu , tanda-tanda sama ada seseorang memperolehi haji mabrur atau sebaliknya ia boleh dilihat menerusi perubahan diri yang lebih positif setelah pulang dari mengerjakan ibadah tersebut.
Cara paling senang untuk mengetahui seseorang itu memperolehi haji yang mabrur itu sepanjang mengerjakan ibadah haji , jemaah tersebut meyakini bahawa dia telah berjaya melakukan ibadah itu dengan sempurna dan rukun haji yang ditetapkan.
Kalau seseorang itu meyakini bahawa dia telah melakukan ibadah itu dengan sempurna maka jemaah itu sudah berada dalam lingkungan salah satu tanda-tanda memperolehi haji yang mabrur selain dibantu oleh faktur sampingan yang lain.
Antara tanda-tanda lain seseorang itu mendapat haji mabrur ialah seperti berikut:-
• Setelah pulang ketanah air seseorang jemaah itu sentiasa berusaha meningkat amalannya , bukan sahaja tekun mengerjakan ibadah yang wajib akan tetapi juga yang sunat. • Sentiasa menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu selain lebih kerap untuk ke masjid berbanding sebelumnya. • Sentiasa merendahkan diri, lebih berhemah bila bertutur kata. • Bagi jemaah wanita, jika sebelum mengerjakan ibadah haji berpakaian agak seksi tetapi setelah pulang ke tanah air, dia berpakaian lebih bersopan termasuk mamakai tudung. • Sentiasa mengingati waktu bersolat • Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. • Bersikap bersopan santun • Sentiasa bersedekah dan tidak kedekut. • Mengajak orang melakukan kebaikan • Banyak membaca Al-Quran • Tidak suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah. • Banyak melakukan muhasabah diri
Seseorang itu mampu untuk merebut haji mabrur , jika mereka mempunyai kesungguhan dan ikhlas dalam melakukan ibadah tersebut. Niat seseorang itu hendaklah betul-betul ikhlas , selain ia dapat melakukan persiapan dengan rapi ketika hendak berangkat ke Mekah. InsyaAllah , haji mabrur akan menjadi milik mereka. Allahualam…..
12 TANDA-TANDA HAJI MABRUR
ReplyDeleteMelengkapkan diri dengan pelbagai pengetahuan ia langkah yang paling berkesan bagi membolehkan seseorang jemaah itu merebut haji yang mabrur yang diimpikan oleh setiap jemaah”
Namun begitu , tanda-tanda sama ada seseorang memperolehi haji mabrur atau sebaliknya ia boleh dilihat menerusi perubahan diri yang lebih positif setelah pulang dari mengerjakan ibadah tersebut.
Cara paling senang untuk mengetahui seseorang itu memperolehi haji yang mabrur itu sepanjang mengerjakan ibadah haji , jemaah tersebut meyakini bahawa dia telah berjaya melakukan ibadah itu dengan sempurna dan rukun haji yang ditetapkan.
Kalau seseorang itu meyakini bahawa dia telah melakukan ibadah itu dengan sempurna maka jemaah itu sudah berada dalam lingkungan salah satu tanda-tanda memperolehi haji yang mabrur selain dibantu oleh faktur sampingan yang lain.
Antara tanda-tanda lain seseorang itu mendapat haji mabrur ialah seperti berikut:-
• Setelah pulang ketanah air seseorang jemaah itu sentiasa berusaha meningkat amalannya , bukan sahaja tekun mengerjakan ibadah yang wajib akan tetapi juga yang sunat.
• Sentiasa menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu selain lebih kerap untuk ke masjid berbanding sebelumnya.
• Sentiasa merendahkan diri, lebih berhemah bila bertutur kata.
• Bagi jemaah wanita, jika sebelum mengerjakan ibadah haji berpakaian agak seksi tetapi setelah pulang ke tanah air, dia berpakaian lebih bersopan termasuk mamakai tudung.
• Sentiasa mengingati waktu bersolat
• Sentiasa memaafkan kesalahan orang lain.
• Bersikap bersopan santun
• Sentiasa bersedekah dan tidak kedekut.
• Mengajak orang melakukan kebaikan
• Banyak membaca Al-Quran
• Tidak suka membuang masa dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
• Banyak melakukan muhasabah diri
Seseorang itu mampu untuk merebut haji mabrur , jika mereka mempunyai kesungguhan dan ikhlas dalam melakukan ibadah tersebut.
Niat seseorang itu hendaklah betul-betul ikhlas , selain ia dapat melakukan persiapan dengan rapi ketika hendak berangkat ke Mekah. InsyaAllah , haji mabrur akan menjadi milik mereka. Allahualam…..