Thursday, March 31, 2011

Keluarga Bahagia By Saujana

4 comments:

  1. 4. Empat Perkara utama membina rumahtangga yang
    bahagia dan diredhai Allah swt.
    a. Bina rumahtangga dengan ibadah.
    b. Bina rumahtangga dengan sikap positif
    c. Bina rumahtangga dengan kasih sayang.
    d. Bina rumahtangga dengan keperluan hidup
    dari sumber yang halal lagi baik( suci ).

    4.1 Bina Rumahtangga Dengan Ibadah.
    a. Pernikahan yang sempurna dan diberkati
    Allah swt.
    - Niat nikah yang betul
    - Pernikahan denga wali yang sah dan
    mendapat restu kedua ibubapa.
    - Majlis pernikahan dimasjid.
    - Waktu utama malam atau hari jumaat
    - Mendapat doa daro orang yang soleh dan
    ahli ibadah
    - Disudahi pernikahan dengan sembahyang
    sunat selepas nikah.
    - Selepas nikah diiringi dengan majlis .
    * Khatam al-Quran atau membaca berzanji
    * Tahlil untuk arwah dan doa selamat
    - Mengadakan kenduri nikah untuk anak-anak
    yatim dan fakir miskin.
    4.2 Bina Rumahtangga Dengan Sikap Positif.
    a Lazimkan berkata benar
    b. Kejujuran dan kesetiaan
    c. Ketabahan dan kesabaran
    d. Pemaaf dan sedia memaafkan
    e. Nasihat menasihati
    f. Bantu membantu
    g. Syukur dan redha terhadap suami isteri
    h. Nilai kebaikan suami isteri, bukan
    mencari keburukan.
    4.3 Bina Rumahtangga Dengan Kasih Sayang.
    a. Pujian
    b. Penghormatan
    c. Pemberian hadiah
    d. Belaian dan sentuhan
    e. Berdua-duaan
    f. Layanan mesra yang memuaskan.
    4.4 Bina Rumahtangga Dengan Keperluan Hidup Dari
    Yang Halal Lagi Suci.
    a. Makanan yang berkualiti
    b. Minuman yang berkhasiat
    c. Pakaian yang sempurna
    d. Rumah yang selesa
    e. Kewangan untuk rawatan dan perubatan
    g. Keselesaan dan kemudahan.

    5.Bagaimana Ibubapa menjana kehidupan
    anak-anak.

    Ibubapa mestilah meletakkan bahawa menjana sakhsiah anak-anak sebagai jihad.
    Perkembangan dan tumbesaran anak-anak terlalu cepat. Jika diteliti kita mempunyai hubungan yang rapat dengan anak-anak hanya selama 12 tahun sahaja. Apabila anak-anak memasuki sekolah menengah dan tinggal diasrama , maka sudah mula terpisah dengan kita, lebih-lebih lagi jika sudah memasuki pusat pengajian tinggi atau alam pekerjaan. Oleh yang demikian proses penjagaan ini mesti dimulakan diperingkat awal. Untuk menjadikan kehidupan anak-anak berjalan dengan baik maka ibubapa mestilah memastikan

    ReplyDelete
  2. ASAS KEMAHIRAN KEIBUBAPAAN

    1. Pengenalan.

    Perkahwinan merupakan suatu penerimaan tanggungjawab dan amanah dengan apabila menjawat jawatan sebagai suami isteri. Tanggungjawab ini akan bertambah tatkala kihidupan perkahwinan menjadi semakin komplek apabila dikurniakan zuriat oleh Allah swt. Maka setiap amanah dan tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh mana-mana pihak. Pencabulan amanah dan tanggungjawab ini akan mengundang pelbagai masalah kehidupan berkeluarga. Ini adalah kerana kehidupan berkeluarga merupakan perjanjian kita dengan Pencipta apabila akad diterima sebagai suatu kontrak yang mesti dilaksanakan dengan sebaik yang mungkin.

    Sebagai suami isteri atau ibubapa kita wajib mengetahui dan menghayati senarai tanggungjawab masing-masing dengan jelas dan berkesan dalam pengurusan rumahtangga yang dibina. Kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga tersebut terletak kepada kemampuan dan kebijaksanaan ketua keluarga dan ahli-ahlinya mengendalikan sebuah kerajaan asas iaitu keluarga.

    2. Matlamat rumahtangga yang bahagia.

    • Terima hakikat nilai dan pengertian.

    - Menerima amanah dari Allah swt.dan rasulullah saw.
    - Menerima amanah dari ibubapa/mertua/wali.
    - Menjaga isteri/suami dengan sebaik mungkin dan keredhaan.

    • Berkasih sayang , bercinta dan ehsan.

    - Memberikan nasihat dan mengingatkan
    - Memberikan pengorbanan dan pertolongan.
    - Menggembirakan dan menyukakan.
    - bersikap belas kasihan dan bertimbang rasa.

    ReplyDelete
  3. 1. MEMAHAMI SIKAP PASANGAN

    SUAMI
    1. Sukar mengucapkan kasih sayang dan cinta
    2. Semakin matang semakin banyak diam dari
    bercakap
    3. Tidak suka cakap berulang-ulang kali
    4. Tidak mudah putus asa
    5. Tidak mengambil berat perkara kecil
    6. Panjang akal
    7. Tidak suka bercakap
    8. Mudah kecewa bila cakap tidak didengar
    9. Bila berbuat baik suka diam
    10. Tidak suka dikongkong
    11. Suka dihormati
    12. Pantas dan keras
    13. Bila ada masalah suka berdiam diri
    14. Sukar ketawa
    15. Tidak tahan sakit
    16. Tidak suka membelai manja
    17. Ego tidak mahu mengalah

    ISTERI
    1. Mudah mengucapkan kasih sayang dan cinta
    2. Semakin tua banyak cakap dan cerewet
    3. Selalu hendak diingatkan
    4. Selalu mengikut perasaan
    5. Suka membesarkan perkara remeh
    6. Tidak berfikir panjang
    7. Suka bercerita
    8. Tahan menderita
    9. Suka menyebut kebaikan yang dibuat
    10. Perlu disentuh dan ditegur
    11. Suka dipuji
    12. Lemah dan lambat
    13. Suka bercerita masalah pada orang lain
    14. Mudah ketawa dan menangis
    15. Mudah berkorban
    16. Suka dibelai dan dimanja
    17. Keras kepala tidak menentu.

    ReplyDelete
  4. . AMANAH TERHADAP AHLI KELUARGA

    Hadis Nabi Muhammad saw.
    Maksudnya:
    “ Dosa yang paling besar yang akan menimpa ibubapa diakhirat nanti ialah dosa membiarkan anak-anak mereka jahil dan buta agama “

    “ Didiklah anak-anakmu dalam tiga perkara : Cinta kepada nabimu, Cinta kepada keluarganya
    ( ahlu’l-bait ) dan membaca Al-Quran “
    Hadis Riwayat Ath-Thabrani

    Firman Allah dalam Al-Quran surah Tahrim ayat 6.
    Mahhumnya.
    “ Wahai orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluarga mu dari api neraka.”

    9. PANDUAN MENGHADAPI PENYAKIT ROHANI

    Amalkan ayat al-Quran dan sembuskan pada air atau roti untuk diminum/makan pada yang berkenaan

    9.1.Degil dan Nakal / Tabiat merokok

    Surah Ali-Imran ayat - 200
    Surah al- Maidah - 90
    Surah As-Syura ayat - 19
    Surah Thaha ayat - 1-5

    9.2.Pelupa / Sukar menghafal/Anak Taat

    Surah an-Nur ayat - 35
    Surah al-Ahqaf - 15
    Surah al-Insyirah Surah as-Syura - 19
    Surah Al-Kauthar
    Surah thaha ayat - 25-28

    ReplyDelete