Thursday, July 16, 2020

kertas kerja projek tanaman rockmelon






KERTAS KERJA TANAMAN ROCK MELON SECARA FERTIGASI:
PENGENALAN..
Aktiviti seterusnya yang saya serta rakan-rakan turut diajar dan di perkenalkan oleh pensyarah iaitu penanaman rock melon dengan menggunakan teknik hidroponik iaitu menggunakan sistem fertigasi. Fertigasi berasal dari perkataan inggeris iaitu fertigation iaitu hasil gabungan daripada dua perkataan fertitilization dan irrigation. Konsep sistem ini ialah menyalurkan baja dalam bentuk larutan terus ke zon pengakaran melalui system pengairan.
Fertigasi juga merupakan pemberian air dan baja kepada tanaman secara serentak. Media yang biasa digunakan ialah sabut kelapa dan sekam padi. Pokok mendapat nutrisi yang lengkap daripada air dan baja melalui pemberian secara berkala.
Fertigasi juga boleh dijalankan di bawah Rumah Pelindung Hujan (RPH) untuk mengelakkan baja menjadi larutan cair.Sekiranya baja terlalu cair, kesan baja terhadap tanaman adalah tidak efektif. RPH juga boleh mengurangkan risiko penyakit terhadap tanaman.
Sistem Fertigasi Rockmelon yang kami gunakan ialah jenis ‘Autopot’ dan juga jenis biasa iaitu penggunaan ‘cocopeat’. Fertigasi Autopot bermaksud kaedah terkini, iaitu apabila baja lengkap dalam bentuk nutrient diagihkan ke dalam bentuk larutan nutrien diagihkan ke pot tanaman melalui sistem pengairan titisan.
Perbezaan kaedah autopot dan kaedah biasa adalah keperluan paras air atau larutan nutrien dikawal oleh smart valve. Autopot ini dibuat daripada High Density Poliethelin (HDPE) dan jangka hayatnya tahan selama lebih kurang 5-10 tahun.
Tujuan utama sistem ini adalah untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan baja. Pengagihan secara automatik menggunakan pengatur masa dengan kekerapan dan tempoh pemberian yang telah dikenalpasti dapat mengurangkan kebergantungan kepada tenaga buruh.
Sistem Fertigasi Rockmelon direka bentuk mengikut keperluan amalan fisiologi dan agronomi tanaman khusus untuk sayur-sayuran jenis buah. Ia juga bertujuan ntuk penjimatan masa, kos dan meningkatkan kualiti sistem ini.
Sewaktu saya dan rakan-rakan berada di dalam RPH, pensyarah juga menerangkan sedikit maklumat berkaitan dengan sistem pengairan yang digunakan dalam Fertigasi Rockmelon. Selain itu terdapat juga perkara lain yang diterangkan seperti proses pendebungaan pokok rock melon.
FERTIGASI ROCKMELON: KAEDAH PENANAMAN SECARA FERTIGASI POLYBAG
Persediaan penanaman Rockmelon Dalam Polibeg
a) Persediaan Awal
Terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum penyemaian benih dilakukan. Antaranya dengan mengambil kira keperluan baja dan coco peat. Selain itu perlu menyediakan beg tanaman, tali raffia dan banyak lagi aspek yang perlu diambil kira. Kawasan penanaman fertigasi rockmelon juga hendaklah dibersihkan terlebih dahulu daripada sebarang sisa dan makhluk perosak. Selepas selesai kerja-kerja menyiap tapak, silvershine atau weedmat dibentangkan bagi mengelakkan tapak projek daripada ditumbuhi rumpai.


b) Penyemaian benih
Semasa berada di RPH, pensyarah telah memberi kami benih semaian yang telah ditanam di dalam dulang. Ini menunjukkan sebelum pembenihan, benih dirawat untuk memastikan rock melon membesar dengan sihat sebelum ditanam dengan menggunakan sistem Fertigasi Rockmelon.
Biasanya anak benih yang ditanam di dalam dulang hanya mengambil masa 10hari hingga ke-2 minggu sahaja. Pastikan hanya menggunakan benih yang berkualiti sahaja.

c) Pemindahan Anak Benih (Transplant)
Seterusnya kami memindahkan anak benih yang berusia anatara 10-12 hari atau boleh dikenal pasti dengan melihat daun keempat sebesar ibu jari tangan. Anak benih mula di pindahkan dan di tanam di dalam bekas ‘autopot’. Anak pokok hendaklah dipegang dengan baik agar tidak tercabut akarnya.
Bagi pemindahan anak pokok ke dalam polibeg. Satu lubang perlu digali pada ‘cocopeat’ pada tengah-tengah polibeg dengan ukuran 4cm lebar x 4cm panjang x 4cm tinggi. Anak pokok ditanam dengan semua bahagian Giffy 7 berada di dalam ‘cocopeat’.
Penanaman melon dalam polibeg.
Fertigasi Rockmelon Cara Penanaman RockmelonRajah di atas menunjukkan cara penanaman pokok rockmelon menggunakan kaedah Fertigasi Rockmelon yang telah saya lakukan.
d) Mengikat Pokok
Tujuan utama pokok diikat adalah untuk menyediakan sokongan kerana pokok rock melon adalah sejenis tumbuhan jenis menjalar dan tidak mempunyai batang yang tegak. Oleh itu, sistem sokongan menggunakan tali rafia di perlukan agar pokok dapat membesar dan tumbuh dengan elok dan menegak, mendapat cahaya dengan secukupnya dan batang tidak patah serta buah tergantung dan bersih.
Pokok melon juga boleh diikat selepas dua minggu daripada tarikh anak pokok dipindahkan. Ini kerana pada usia ini, pokok melon sudah mula menjalar.
Oleh itu, tali rafia digunakan dengan diikat pada pangkal pokok melon. Kemudian pucuk yang keluar dan semakin memanjang boleh dililit di sekeliling tali rafia. Kerja melilitkan pucuk pokok mesti dilakukan bagi memastikan pokok-pokok tanaman terus tumbuh ke atas. Kerja-kerja melilit pokok biasanya dilakukan serentak dengan kerja-kerja membuang tunas air.

e) Pemangkasan
Pemangkasan hendaklah dilakukan dengan membuang tunas yang keluar pada batang utama. Tunas tersebut kebiasaannya dipanggil tunas air atau tunas ketiak. Tunas air akan mula keluar apabila pokok berusia 3minggu.
Tujuan pemangkasan adalah untuk mengelakkan tunas air membesar. Proses ini akan memberi kesan kepada batang utama dan membantu pembesaran buah. Jika dibiarkan tunas membesar ia akan mencuri nutrien yang diperlukan oleh batang dan buah untuk menghasilkan kualiti yang sihat dan baik.
Selain itu, daun-daun tua juga perlu dibuang supaya mengelakkan penyakit. Pembuangan daun-daun tua dilakukan setelah mengutip hasil. Proses pemangkasan boleh dilakukan dengan menggunakan pisau, gunting, pemotong dahan dan sebagainya.
Tangan juga boleh digunakan dengan mengutil tunas yang baru keluar dengan berhati-hati agar tidak merosakkan pokok.

f) Pembajaan
Empat belas jenis unsur dalam bentuk sebatian (Nitrogen, Fosforus, Kalium, Kalsium, Sulfat, Magnesium, Mangan, Ferum (zat besi), Kuprum, Zink, Boron, Ammonium, Molibdenum dan Natrium) yang diperlukan sebagai asas bagi rnendapatkan satu formulasi baja yang lengkap untuk pertumbuhan pokok rock melon yang baik. (Unsur lain seperti Oksigen, Hidrogen dan Karbon diperoleh daripada udara). Unsur unsur dalam bentuk sebatian ini mestilah betul-betul larut dalam air agar mudah diagihkan ke setiap pokok dengan seragam.
Baja boleh disediakan di dalam frekuensi yang berbeza setiap hari, beberapa kali setiap minggu, atau mingguan, bergantung kepada keperluan pengairan, jenis tanah, dan faktor-faktor lain. Biasanya, ia memerlukan 5 kali sehari. Jangan teragak-agak untuk mengairi jika pengairan diperlukan selain daripada semasa jadual biasa.
g) Pendebungaan
Pendebungaan ialah di mana bunga jantan kepada bunga betina dengan menggeselkan stamen ke atas stigma. Ini boleh meningkatkan hasil buah rock melon. Bunga betinanya berada pada tunas air dan kembung pada bahagian bawah kelopak bunga. Bunga jantan banyak terdapat pada batang utama.
Bagi melakukan pendebungaan, pilih bunga jantan yang sihat kemudian buang semua kelopak bunga. Dekatkan bahagian bunga jantan tadi pada bunga betina dan geselkan bunga jantan pada stigma bunga betina. Pendebungaan mestilah dilakukan pada waktu pagi iaitu bermula pada pukul 10 pagi kerana bunga kembang sepenuhnya. Hasil pendebungaan hanya boleh dilihat selepas 48jam.
Fertigasi Rockmelon Bunga Gamet Jantan Stigma Betina
Bunga jantan yang dibuang kelopak dan memasukkan gamet jantan ke dalam stigma betina

h) Penuaian
Tanaman rock melon ini boleh dituai apabila daun pengasuh (flag leaf) telah kering dan diikuti dengan adanya tanda-tanda retak mengelilingi pangkal buah. Semua hasil boleh asingkan mengikut saiz untuk dijual di pasaran. Pastikan bahan pemotong untuk memetik buah yang digunakan tajam agar tangkai dipotong dengan elok dan tidak menurunkan kualiti hasil tuaian. Ini adalah masa terbaik tahun ini. Tuaian dilakukan manual untuk memastikan buah-buahan yang tidak rosak.

FERTIGASI ROCKMELON: PERALATAN
a) Tangki Nutrien
Ini adalah jantung Fertigasi Rockmelon. Ini adalah di mana baja disimpan, pengukuran EC dan pH dibuat. Saiz tangki akan bergantung kepada bilangan polibegs. Nutrien sama ada boleh mengairi bidang sama ada menggunakan pam atau oleh graviti.


b) Pam Air











Teknologi ini memerlukan pam untuk mengairi baja dari tangki nutrien sehingga ke polibeg.
c) Penapis
Sememangnya, sistem akan tersumbat dari masa ke masa jika bekalan air ke padang tidak bersih. Penapis diperlukan untuk mengelakkan dripper dari tersumbat itu akan menghalang aliran kepada tumbuhan. Keperluan penapis perlu diperiksa dan dibersihkan dengan kerap

d)  Pengagihan Paip Air









Paip terutamanya terdiri daripada 3 unsur utama:
i. Garis utama – Garis utama saiz bergantung kepada saiz dan lokasi
ii. Garis Sub – Barisan sub terletak di sepanjang setiap baris polibeg. Ini adalah di mana garis dripper mikro akan dipasang untuk memastikan baja sampai ke lokasi
iii. Dripper – Ini adalah di mana kuantiti baja dikawal. Biasanya ia akan menitis pada kadar 2 liter / jam. Kecenderungan untuk menyumbat di hujung sangat tinggi jadi cek kerap dan pembersihan dripper yang di kehendaki.
iv. Polibeg Media – Polibeg dipenuhi dengan koko gambut. Ini akan menjadi medium di mana tumbuhan makan dengan baja. Sebuah media yang baik akan memegang kandungan kelembapan dan air pada 60%.
Kedudukan Pokok Rockmelon Dalam Rumah Pelindungan Huja ( jajaran susun atur pokok dalam polybag )
Kedudukan Pokok Rockmelon Di kawasan terbuka. 

        





Fertigasi Rockmelon Petunjuk

Dengan cara penyusunan seperti ini dapat menjimatkan ruang dan boleh tanam pokok rockmelon dalam kuantiti yang banyak.
FERTIGASI ROCKMELON: SISTEM PENGAIRAN
Air dan baja diperoleh daripada tangki besar yang diperbuat daripada plastik (polytank), gentian kaca atau konkrit. Tangki yang diperbuat daripada logam dan besi adalah tidak dibenarkan kerana tangki tersebut akan bertidakbalas dengan kimia dan pengoksidaan.
Kebiasaanya bagi setiap sistem Fertigasi Rockmelon akan mempunyai 2 tangki besar bagi menampung kesemua pokok-pokok tanaman Fertigasi Rockmelon.
Sebanyak 2 liter air yang diperlukan bagi setiap tanaman pokok setiap hari. Paip ladang yang digunakan ialah paip ladang jenis polypipe dan PE Turbing kerana harganya yang berpatutan.
Bagi pemasangan paip ini adalah mudah dan tidak mendantangkan kesan kepada larutan baja. Penitis pengairan yang digunakan dipanggil arrow dripper tetapi kini terdapat penitis cara baru ialah capalilary system.
Penggunaan sistem titisan ini sangat sensitif kerana titisan ini mudah tersumbat. Hal ini disebabkan lubang yang terdapat di alat penitis ini sangat kecil.
Bagi mengatasi masalah titisan yang mudah tersumbat ialah maka perlu pasang alat penapis 120 mesh.
Penapis ini pelu dipasang pada setiap plot tanaman bagi mengelakkan pinitis tersumbat. Penapis yang dipasang juga perlu dicuci secara berkala bagi menjaga kebersihan dan mengelakkan berlaku masalah tersumbat

PROJEK BERKELOMPOK TANAMAN ROCK MELON
PENGUSAHA 10 ORANG.
TAPAK  KELUASAN .. 0.6 HK @  1.5 EKAR dengan 1000  POKOK ROCKMELON
KOS PROJEK  ROCKMELON - RM20.000.00

Pecahan anggaran kos projek tanaman rock melon.

1.      Tebang , merata tapak                              -  RM 2000. 00
2.      Tiang Pagar  ,                                           -  RM 2000. 00
3.      Rumah dan Pump serta paip  air              -  RM 3500. 00
4.      Dawai ampaian                                         - RM 1000. 00
5.      Kawat duri                                                - RM 1000. 00
6.      Bag plastic, plastic alas dan plastic pagar - RM 2000. 00
7.      Tanah hitam , ampas sabut kelapa            - RM 2000. 00
8.      Baja tahi ayam dan baja kompos              - RM 2000. 00
9.      Benih  dan peralatan lain                          - RM 1500. 00
10.  Racun serangga                                         - RM   500. 00
11.  Upah penjagaan                                        - RM 2500. 00

JUMLAH                                                - RM20.000.00

      Target hasil   setelah pokok matang sehingga 1 tahun setengah ..
-          Pusingan pertama  1 pokok  lebih kurang  2 biji  - 1 biji 2.5 kg x 2 = 5 kg / pokok
5 KG x 1000 POKOK x 5000 KG x RM6.00
= RM30.000.00 ..
-          Pusingan kedua   - sama  kutipan hasil = RM 30.000.00
-          Pusingan ketiga   - kutipan hasil           = RM 15.000.00
-          Pusingan ke Empat -  kutipan hasil       = RM 10.000.00
-          Pusingan keLima   -   kutipan hasil       = RM   5.000.00

Jumlah                                                  = RM 90.000.00

Friday, December 14, 2018

HIJRAHNYA PARA UTUSAN ALLAH






HIJRAHNYA PARA UTUSAN ALLAH

Selama ini, peristiwa hijrah sangant sinonimdengan Nabi kita Muhammad saw saja. Padahal, ketika kita membaca Alquran, tentu kita dapati bahawa para nabi dan rasul selain Nabi Muhammad pun mengalami babak baru dalam dakwah mereka dalam bentuk hijrah.

Namun mungkin kita kurang menyedari bahawa itulah hijrah mereka, kisah hijrah para utusan Allah.
Meskipun banyak nabi dan rasul yang mengalami hijrah, hijrah mereka berbeza dengan hijrahnya Nabi kita Muhammad saw

Di antara nabi utusan Allah  yang mengalami peristiwa hijrah adalah:

Pertama: Hijrah Nabi Ibrahim as.

Mengenai hijrahnya Nabi Ibrahim, terdapat dua pendapat, kota mana yang menjadi tujuan Nabi Ibrahim setelah pergi dari negerinya Irak.
(1) Ada yang mengatakan bahawa beliau hijrah ke Mekah dan
(2) yang lainnya mengatakan bahwa beliau berpindah ke Syam, ke tanah Jerusalem, Palestina.

Dan tidak diragukan lagi, Nabi Ibrahim memang memasuki kedua kota tersebut. Namun kota mana yang terlebih dahulu dikunjungi? Allahu a’lam.
Setidaknya ada tiga ayat yang menerangkan tentang hijrahnya Nabi Ibrahim as

. فَآَمَنَ لَهُ لُوطٌ وَقَالَ إِنِّي مُهَاجِرٌ إِلَى رَبِّي إِنَّهُ هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

“Maka Luth membenarkan (kenabian)nya. Dan berkatalah Ibrahim: “Sesungguhnya aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku); sesungguhnya Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (QS. Al-Ankabut: 26).  
Ayat lainnya,
وَقَالَ إِنِّي ذَاهِبٌ إِلَى رَبِّي سَيَهْدِينِ

Dan Ibrahim berkata: “Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan memberi petunjuk kepadaku”. (QS. Ash-Shaffat: 99).

Dan firman Allah,

وَأَعْتَزِلُكُمْ وَمَا تَدْعُونَ مِنْ دُونِ اللَّهِ وَأَدْعُو رَبِّي عَسَىٰ أَلَّا أَكُونَ بِدُعَاءِ رَبِّي شَقِيًّا

“Dan aku akan menjauhkan diri darimu dan dari apa yang kamu seru selain Allah, dan aku akan berdoa kepada Tuhanku, mudah-mudahan aku tidak akan kecewa dengan berdoa kepada Tuhanku”. (QS. Maryam: 48).

Beliau menjauhkan diri dari peribadatan yang mereka lakukan dan juga menjauhkan diri dari tempat tersebut.

Kedua: Hijrah Nabi  Musa as

Peristiwa hijrahnya Nabi Musa berbeda dengan hijrahnya Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad. Ketika hijrah, Nabi Musa belum diangkat sebagai rasul. Adapun Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad telah diangkat sebagai rasul saat keduanya berhijrah.
Peristiwa hijrahnya Nabi Musa terjadi pada saat beliau membunuh seorang laki-laki Qibthi.

وَجَاءَ رَجُلٌ مِنْ أَقْصَى الْمَدِينَةِ يَسْعَىٰ قَالَ يَا مُوسَىٰ إِنَّ الْمَلَأَ يَأْتَمِرُونَ بِكَ لِيَقْتُلُوكَ فَاخْرُجْ إِنِّي لَكَ مِنَ النَّاصِحِينَ

“Dan datanglah seorang laki-laki dari ujung kota bergegas-gegas seraya berkata: ‘Hai Musa, sesungguhnya pembesar negeri sedang berunding tentang kamu untuk membunuhmu, sebab itu keluarlah (dari kota ini) sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang memberi nasehat kepadamu’.” (QS. Al-Qashash: 20).

Nabi Musa as pun pergi menuju Madyan. Selama tinggal 10 tahun di Madyan, Nabi Musa as menikahi seorang wanita puteri dari laki-laki tukang besi di wilayah tersebut.

Perbezaan lainnya antara hijrah Nabi Muhammad saw dan Nabi Musa as adalah latar belakang hijrah. Jika hijrahnya Nabi Muhammad saw adalah kerana orang-orang Mekah telah menutup rapat diri mereka dari hidayah Islam, sementara di Madinah dakwahnya Nabi Muhammad saw membawa ajaran Islam  diterima secara meluas dan tegaknya negeri Islam. Adapun Nabi Musa untuk menghindari kebengisan Firaun.

 “Lalu aku lari meninggalkan kamu ketika aku takut kepadamu, kemudian Tuhanku memberikan kepadaku ilmu serta Dia menjadikanku salah seorang di antara rasul-rasul.”
                                                                                                           (QS. AS-Syuara: 21).
Dan masih banyak nabi dan rasul lainnya yang mengalami hijrah, seperti Nabi Ya’kub as dan Nabi Yusuf as, dll.

3. Hijrah Nabi Ya’akub as

Nabi Ya’akub berhijrah untuk menyelamatkan diri dari perilaku buruk saudaranya, Aish atau Esau. Putara dari Nabi Ishaq tersebut berhijrah dari tanah Palestina ke negeri Harran di Irak. Di sana, Nabi Ya’akub memulai hidup baru dengan bantuan pamannya yang tinggal di sana.
Beliau juga menikah di tanah hijrah dan mendapatkan 12 anak yang kelak menjadi awal mula Bani Israil. Nabi Ya’akub dikenal dengan sebutan Israil atau yang berjalan di malam hari. Kerana itulah anak keturunannya disebut dengan Bani Israil.

4. Hijrah Nabi Yusuf as

Salah satu dari 12 anak Nabi Ya’akub ialah Nabi Yusuf as Seperti ayahnya, Nabi Yusuf as pun mengalami penderitaan berhijrah. Kisah hijrahnya Nabi Yusuf as bahkan sangat memilukan dan menyayat hati.

Bermula ketika ia bersama ayah dan saudara-saudaranya hendak kembali ke negeri asal mereka, Palestina. Ketika singgah di negeri Kan’an, Nabi Ya’qub menetap cukup lama. Di wilayah itulah kisah Nabi Yusuf bermula, iaitu ketika saudara-saudaranya memasukkan Nabi Yusuf as ke dalam perigi. lalu musafir menemukannya dan membawanya ke negeri Mesir.

Di tanah hijrah, ( Mesir ) Nabi Yusuf as mengalami perjuangan hidup yang sangat berat; menjadi budak, digoda wanita, hingga masuk penjara. Namun kerana kesabarannya,
Nabi Yusuf pun diberi balasan yang luar biasa dengan menjadi nabi sekaligus pembesar negeri Mesir.

5. Nabi Muhammad
Hijrahnya Nabi Muhammad mirip seperti yang dialami kakek buyutnya, Nabi Ibrahim. Keduanya berhijrah setelah diutus sebagai utusan ilahi. Sementara nabi yang lain, yakni Nabi Ya’qub, Yusuf, dan Musa melakukan hijrah sebelum turunnya wahyu.
Hijrahnya Rasulullah pula berbeda dari hijrahnya para nabi yang lain. Beliau Shallallahu‘alaihi wa sallam berhijrah bukan karena disakiti ataupun dianiaya. Negeri tujuan hijrah nabiyullah pun merupakan tempat di mana dakwah Islam bersemi dengan suburnya, tempat di mana sangat potensial untuk merintis sebuah negara.
Namun, hijrahnya Rasulullah merupakan yang paling terbaik dan berat  di banding hijrahnya para nabi yang lain. Dari semua kisah lima nabi yang berhijrah, ada benang merah yang dapat ditarik sebagai kesimpulan. Bahwasanya, berhijrah bukanlah perkara mudah , Ia memerlukan perjuangan berdarah untuk bertahan.
Jika sabar menjalaninya, maka di penghujung hijrah akan muncul kebahagiaan yang menakjubkan. Hal ini pun berlaku bagi hijrah dalam makna meninggalkan kemaksiatan menuju keimanan yang hakiki
Kesimpulannya, hijrah para nabi berbeza dengan hijrahnya Nabi Muhammad saw. Hijrah beliau memiliki kedudukan yang begitu mulia dan juga sangat berat dalam perlaksanaannya.

Hijrah ke Alam Barzakh

Rasulullah saw bersabda: “Jadikanlah diri kamu di dunia ini seperti orang asing atau bagaikan orang yang bermusafir”. Kehidupan ini pada hakikatnya terlalu singkat. Kata Auf bin Abdullah, umur manusia hanya satu hari, iaitu hari kematian. Isa ibn Maryam pula mengatakan umur manusia tiga hari, iaitu hari semalam, hari ini dan hari kematian. Manakala Abu Zar al-Ghifari mengatakan umur manusia hanya tiga Saat sahaja, iaitu saat yang lepas, saat ini dan saat kematian. Abu Bakar al-Warraq pula menjelaskan umur kita hanya tiga nafas, iaitu nafas yang lepas, nafas yang sedang kita bernafas dan nafas yang terakhir semasa kita akan berhijrah ke alam barzakh.
           
Hijrah ke alam barzakh adalah sesuatu yang pasti. Alam kubur atau alam barzakh merupakan tempat tinggal antara dunia dan akhirat. Alam barzakh ertinya alam penantian dan ia adalah sebahagian daripada alam akhirat. Alam ini didiami oleh para arwah yang meninggal dunia. Uthman ibn Affan ketika berada di perkuburan beliau menangis sehingga membasahi janggutnya. Lalu sahabatnya bertanya: “Kenapakah ketika kamu mengingati syurga dan neraka, engkau tidak pernah menangis seperti ini? Apakah sebabnya?. Lalu Uthman menjawab:
     
    “Kubur itu merupakan tempat pertama dari penempatan akhirat. Sesiapa yang terselamat di situ, maka sesudah itu semuanya akan menjadi mudah dan ringan. Namun sesiapa yang gagal, maka sesudah itu akan menjadi lebih berat dan dahsyat”

Menurut Ibn Qayyim, roh manusia sesudah mati di alam barzakh itu berada pada tempat yang berbeza mengikut amalan dan perbuatannya ketika hidup. Sebahagian roh berada di tempat yang tinggi (mulia). Ada roh yang tertahan di dalam kubur dan roh yang tertahan di permukaan bumi iaitu mereka yang melakukan maksiat dan mementingkan duniawi.

Menurut Imam al-Habib Allah menggambarkan kehidupan di alam rahim seumpama di alam Barzakh. Pada peringkat umur masa dalam kandungan sebenarnya itulah cara hidup yang menyamai dengan peringkat umur di alam Barzakh. Dunia yang gelap gelita dan sempit dan menunggu-nunggu saat kelahiran, sebagaimana di alam Barzakh menunggu-nunggu saat kebangkitan.

Nikmat Alam Barzakh

Alam barzakh tidak hanya sebagai tempat seksaan semata-mata. Bagi orang kafir, munafiq, murtad, fasiq dan orang yang derhaka kepada Allah hidup di alam barzakh dengan penuh seksa, takut, cemas dan sengsara. Perasaan mereka cukup lama seperti beribu-ribu tahun dan mengharapkan segera berlakunya kiamat. Malam pertama di alam barzakh amat menggerun dan menakutkan.

Bagi orang mukmin berada di alam barzakh cuma sekadar istirehat sementara menunggu hari kebangkitan atau umur yang keempat. Malaikat menyuruhnya tidur dengan tenang dan tidak diganggunya. Kubur mereka diluas kan dan dijadikan seperti taman syurga. Setiap pagi dan petang diperlihatkan kepada mereka syurga yang akan mereka ditempatkan nanti. Mereka sedikitpun tidak berasa bosan dan waktu bertahun-tahun di alam barzakh dirasakan sebentar sahaja. Sabda Rasulullah saw:
“Kubur itu boleh menjadi sebagai taman syurga dan boleh menjadi sebagai lubang neraka”

Imam al-Ghazali membahagikan keadaan manusia kepada 3 kategori:
            i.               Orang yang tenggelam dalam urusan keduniaan
            ii.              Orang yang bertaubat dan mula bertaubat
            iii.             Orang yang mengenal diri sendiri dan merasakan hayatnya akan berakhir
           
Golongan yang pertama ialah mereka yang tidak mengingati kematian. Jika diingati sekalipun mereka merasa sedih dirinya akan meninggalkan harta kekayaan yang dimiliki, dan amat benci dengan kematian.

Golongan yang kedua mereka sentiasa berada dalam keadaan cemas, takut dan bimbang akan kematian. Mereka akan menyempurnakan taubat dengan sebaik mungkin.
Manakala golongan yang ketiga sentiasa mengingati mati setiap masa. mereka menunggu-nunggu saat kematian untuk bertemu dengan Allah seperti orang yang bercinta untuk bertemu dengan kekasihnya.

Sabda nabi saw: “Apalah yang hendak dihitung sangat dengan dunia. Umpamaku dan umpama dunia ini laksana seorang penunggang yang sedang berjalan di bawah panas terik. Tiba-tiba kelihatan sebatang pokok, lalu dia berteduh sebentar di bawah teduhannya. Kemudian dia berangkat lagi dan meninggalkannya”.

Kata Sayidina Umar al-Khattab

Sesungguhnya zuriat syaitan itu ada  9:

1.  Zalitun: menjaga pasar dengan menghasut supaya peniaga menipu dan mengurang timbangan
2.   Wathin: yang membuat kekacauan’
3.   A’wan: yang menjaga para pemerintah
4.   Haffaf: yang menjaga sahabat kepada pemabuk
5.   Laqus: yang menjadi sahabat kepada pemabuk
6.  Dasim: yang menjaga rumah agar berlaku pecahbelah rumahtangga. Apabila suami masuk rumah dengan tidak memberi salam serta tidak mengingat Allah, maka berlakulah pergaduhan antara suami isteri sehingga berlakunya perceraian.
7.   Musawit: yang menjadi sahabat kepada penyebar khabar dusta
8.   Walhan: yang menjadikan manusia was-was dalam sembahyang, ketika berwuduk dan ibadat yang lain
9.   Muroh: teman kepada pemuzik dan penyanyi

Allah telah mewahyukan kepada nabi Daud a.s:
Sesungguhnya orang yang berakal dan berilmu itu tidak sunyi daripada 4 masa:
             iv.       Satu masa untuknya mengadu kepada Allah
             v.        Satu masa untuk bermuhasabah diri
             vi.       Satu masa untuk dirinya menemui sahabat yang soleh yang boleh menceritakan
                        kelemahan dirinya
             vii.      Satu masa untuk dimana dia meninggalkan makanan yang lazat walaupun halal
Sabda nabi saw:
يَأتِي على النَّاسِ زَمَانٌ يَتَحَلَّقُوْنَ فى مَسَاجِدِهِمْ ولَيْسَ هَمُّهُمْ إلاَّ الدُّنْيَا وَلَيْسَ للهِ فِيْهِمْ حًاجَةٌ فلا تُجَالِسُوْهُمْ

Ertinya: Akan datang suatu masa ada di kalangan manusia yang duduk berkelompok-kelompok  di dalam masjid. Mereka tidak berbicara kecuali hal-hal keduniaan. Ketahuilah bahawa Allah tidak berhajat kepada mereka, maka  janganlah kamu duduk bersama mereka

Mengingati umur amat penting dalam kehidupan manusia. Manusia sering lupa tentang umur mereka sehingga dirasakan ia masih muda, kuat dan jauh daripada kelemahan serta keuzuran. Maka manusia dilalai dan dilupakan oleh umur tanpa disedari ia dihabiskan begitu sahaja. 
Kepentingan mengingati umur ini secara tidak langsung kita mengingati masa.
Allah SWT berfirman dalam surah al-’Asr
Mafhumnya
”Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan beramal soleh , berpesan pesan dengan kebenaran dan berpesan pesan dengan sabar”

Hakikat Umur Manusia
           
Imam Habib Abdullah Haddad di dalam Risalah Sabil al-Azkar wa al-I’tibar menjelaskan bahawa manusia mempunyai lima umur. Antaranya ialah umur sejak Allah mencipta Adam a.s. dan membekalkan zuriat di tulang punggungnya, kedua umur sejak manusia dilahirkan dari perut ibunya sehingga ia wafat meninggalkan dunia yang fana, ketiga umur ini bermula sejak manusia keluar dari dunia ini dengan menempuh mati sehingga dibangkitkan dari kubur, keempat umur yang bermula daripada kebangkitan daripada alam kubur untuk menerima panggilan tuhan sehingga memasuki sama ada ke syurga atau ke neraka, dan terakhir umur yang tidak ada pangkal dan hujungnya iaitu sejak kemasukan manusia ke syurga dan kekal di dalamnya.

Ibn al-Jawzi mengatakan bahawa umur manusia dewasa ialah sejak berusia 35 sehingga 50. Maka apabila mencapai dewasa biasanya akan kelihatan pada diri manusia kebaikan dan keburukannya. Ada yang mengatakan bahawa apabila seseorang itu telah mencapai usia 40, sedang kebaikannya tidak melebihi kejahatan, maka syaitan akan menyapu mukanya seraya berkata: Demi ayahku, wajah ini tidak akan terlepas dariku.

Imam Malik pula menjelaskan ”Kami dapati ramai orang yang mencari ilmu pengetahuan sehingga sampai usia 40. Apabila mereka sampai umur tersebut, mereka pun memalingkan perhatian kepada kepada memperbanyakkan amal soleh dan mengerjakan apa yang mereka pelajari. Waktu itu tidak ada masa lagi untuk menumpukan perhatian kepada dunia walau apa sekalipun”

Syeikh Arif Wali Abdul Wahhab bin Ahmad al-Sya’rani di dalam kitab al-Bahrul Maurud mengatakan: “Ikatlah janji dengan dirimu, apabila kamu mencapai umur 40, hendaklah kamu lipat tikar dan bantal serta merta dan ingatlah diri kamu bahawa setiap nafas yang kamu sedut itu tidak boleh lagi digunakan untuk kepentingan dunia sama sekali. Di samping itu hendaklah kamu mengira setiap detik dari umur kamu yang telah melepasi 40 tahun itu, menyamai 100 tahun dengan yang sebelumnya”.

Di dalam suatu hadis sahabat bertanya kepada nabi saw: “Wahai Rasulullah saw siapakah yang paling baik? Baginda menjawab: “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya. Sahabat bertanya lagi: “Siapakah manusia yang paling buruk? Jawab Baginda: “Orang yang panjang umurnya dan buruk amalnya.