Tanggungjawab
Ibu Bapa Membentuk Peribadi , Akidah Anak Sebaik Dilahirkan
Anak merupakan aset yang paling
bernilai kepada kedua-dua ibu dan bapa. Oleh itu, setiap pasangan yang telah
berkahwin mempunyai keinginan untuk mendapatkan cahaya mata sebagai penyeri dan
pelengkap kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga yang dibina.
Firman Allah SWT dalam surah al Kahfi ayat 46 ..
Bermaksud:
“Harta
benda dan anak pinak itu ialah perhiasan hidup di dunia…dan amal-amal
soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhan mu sebagai
pahala
balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”
Betapa beruntungnya kedua-dua ibu
bapa yang mempunyai anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup mereka .
Bukan sahaja hidup di dunia bahkan di akhirat juga. Doa daripada anak-anak yang
soleh tetap tidak terputus kepada ibu dan bapa mereka sekalipun kedua-duanya
telah meninggal dunia sebagaimana
Sabda Baginda Rasulullah SAW yang
bermaksud:
“Apabila
meninggal dunia seseorang anak Adam, maka terputuslah semua
amalannya kecuali tiga perkara iaitu: Sedekah
jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kedua-dua
ibu bapanya”.
( HR al-Bukhari )
Anak-anak hendaklah diberi
pendidikan yang sempurna seawal mungkin bermula dari dalam kandungan lagi.
Tanggungjawab ibu dan bapa telah wujud sebelum terbentuknya janin. Oleh itu suami
isteri hendaklah memberi perhatian dan tumpuan pendidikan sempurna sepenuhnya
untuk memastikan anak tersebut menjadi anak yang soleh.
Suami isteri
mesti bertanggungjawab untuk menjaga kandungan dari segi kesihatan fizikal dan
mental, mengamalkan pemakanan seimbang, makan minum dan rezeki dari sumber yang
halal dan berkat, mengerjakan amalan-amalan kerohanian seperti membanyakkan
membaca al-Quran, zikir, melakukan ibadah-ibadah sunat disamping tidak
meninggalkan ibadah fardhu yang diwajibkan.
Ketika isteri mengandungkan bayi, si bapa
pula mempunyai peranannya yang tersendiri. Bekerjalah dengan penuh amanah,
bertanggungjawab dan ikhlas demi mendapatkan rezeki yang halal untuk keluarga
mereka. Sesungguhnya keberkatan lahir dari makan minum yang berpunca dari
rezeki yang halal.
Oleh itu para ibu bapa hendaklah
sentiasa berhati-hati dan berwaspada setiap masa dalam pekerjaan. Tunaikan
kerja dengan penuh dedikasi dan amanah demi memperoleh rezeki yang berkat dari
sumber yang halal.
Rezeki yang diberi makan kepada anak
itulah yang akan menjadi darah daging yang akan membesarkan anak-anak . Jika
sumbernya halal dan berkat, mudah-mudahan anak-anak yang bakal dilahirkan akan
menjadi anak-anak soleh yang dapat membahagiakan hidup kedua-dua ibu bapa. Di
samping itu apabila anak-anak telah diberi pendidikan sempurna mengikut syariat
Islam, apabila besar mudah-mudahan mereka akan menjadi anak yang soleh.
Demi mendapatkan anak-anak yang
soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan
dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut
kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:
(
TANGGUNG JAWAB IBU/BAPA )
1. Azan dan
iqamat oleh bapa
HENDAKLAH segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan”. ( Hadis Riwayat Abu Ya’la )

2. Membelah
mulut (tahnik) ( dilakukan oleh orang
alim )
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
TAHNIK mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.
3. Penyusuan
( peranan ibu )
SUSU ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

4. Bercukur ( tanggungjawab bersama )
MENGGUNTING rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

5. Aqiqah
( tanggung jawab bersama ibu/bapa )
HUKUM Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur ranbutnya dan diberi nama.” (Hadis Riwayat Ahmad)

6. Memberi
nama ( tanggung jawab bersama ibu/bapa
TANGGUNGJAWAB ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: ” Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya” ( Hadis Riwayat al-Baihaqi )

7. Berkhatan
( tanggung jawab ibu/bapa )
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” ( Hadis Riwayat At- Tabrani )
BERKHATAN termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” ( Hadis Riwayat At- Tabrani )
Ketika anak-anak masih kecil berilah
didikan menurut syariat Islam. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan
kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran). Peringkat usia kanak-kanak mereka akan
mudah mengingat apa yang diajar.
Oleh itu ibu bapa hendaklah :-
1.
Menanamkan asas-asas keimanan
2.
Berlaku adil terhadap anak-anak
dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.
3.
Mengasuh anak-anak dengan lemah
lembut dan bersopan santun.
4.
Mempamerkan akhlak yang mulia dan
terpuji.
5.
Mengampuni dan mengasihi anak-anak
dan lain-lain ahli keluarga dengan penuh kasih dan sayang.
6.
Mendidik anak-anak ke jalan yang
diredhai Allah SWT.
7.
Menunjukkan teladan yang baik pada
anak-anak.
8.
Bertanggungjawab mencipta sebuah
rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh anak-anak.
9.
Bertanggungjawab memastikan
anak-anak dijaga dengan baik.
10.
Bertanggungjawab memberi pendidikan
dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.
11.
Mengajar anak-anak mengerjakan
sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.
12.
Mengajar anak-anak dengan ilmu yang
dapat menjadi perangsang bagi memperkayakan ilmu Islamnya.
Ibu
bapa hendaklah sentiasa menyuruh anak-anak mereka bersifat dengan sifat yang
mulia dan murni iaitu sifat-sifat mahmudah. Mereka juga mesti melarang
anak-anak dari melakukan perkara-perkara keji dan tidak elok iaitu sifat-sifat
mazmumah. Oleh yang yang demikian, ibu bapa mestilah terlebih dahulu memiliki
sifat-sifat mahmudah dan kemudian hendaklah diterapkan kepada anak-anak mereka.
Setelah remaja, ajaran-ajaran agama
Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar
secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka
mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik
dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang
menyelewen, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.
Oleh itu ibu bapa amat perlu memberi
didikan syariat yang sempurna kepada anak-anak mereka seawal mungkin bermula
dari dalam kandungan ibu lagi seperti kata pepatah “Melentur Buluh Biar Dari
Rebungnya’ agar anak-anak dapat hidup bahagia, berjaya dan membesar dalam
keadaan sempurna tanpa terpengaruh dengan gejala-gejala negatif yang boleh
merosakkan hidup mereka
TIMANG
TINGGI TINGGI
SAMPAI
CUCUR ATAP
BELUM
TUMBUH GIGI
SUDAH
PANDAI BACA KITAB
BUAI
LAJU LAJU
SAMPAI
PUCUK SENA
TUNTUT ILMU JANGAN MALU
SUPAYA
HIDUP TIDAK MERANA..
No comments:
Post a Comment