Thursday, June 12, 2014

Malam Istimewa Malam Nisfu Syaaban





Malam Istimewa  Malam Nisfu Syaaban

Rasulullah  SAW Bersabda; "Ada 5 malam yang jika kita berdo'a tidak akan ditolak do'a kita,  Pertama .  Malam Jumaat,
Kedua      Malam Nishfu (15 Sya'ban,
Ketiga      Malam (Lailatul) Qadar,
Keempat  Malam Aidil Fitri
Kelima     Malam Aidil Adhha"

Tahun ini malam 15 (Nisfu) Syaaban jatuh pada hari khamis malam Jumaat tarikh 12 June 2014 yang berarti 2 malam kemuliaan iaitu dua malam bergabung menjadi satu

Pada malam tersebut  Do'a kita pasti akan di Ijabah, malam penentuan nasib (yang orang kata malam penggantian Buku) & malam penuh barakah

Para Ulama ahli Sunnah Wal Jama'ah telah memberi bimbingan untuk membaca surah Yassin sebanyak 3 kali berturut untuk mereka yang mampu atau membaca surah Al-ikhlas ketika orang lain sedang membaca surah Yassin

1.  Pada bacaan pertama di niatkan  Panjang Umur dan  taat dalam ibadah
2.  Pada bacaan yang kedua diniatkan meminta diberi rezki yang banyak lagi halal, cukup dan
     berkat
3.  Pada bacaan ketiga diniatkan  meminta dimatikan dalam keimanan (Husnul Khotimah)
Dan disusuli dengan bangun tengah malam berqiamulail ..pada ¾ malam  bermula jam 3.00 pagi
Iaitu mendirikan solat sunat :-

Solat sunat Tahajud dua rakaat
Solat sunat Taubat dua rakaat
Solat suant Hajat dua rakaat
Solat suant Tasbih empat rakaat dengan dua salam
Solat sunat Witir.. tiga rakaat dengan dua salam
Kemudian berzikr bertasbih dan bertahmid dan berdoa..

Disusuli dengan solat sunat fajar dua rakaat
Dan diakhiri dengan solat subuh dua rakaat

Pada malam itu segala do'a pasti di ijabah asal berdo'anya dengan ikhlas dan yakin, kecuali ;

1.  Pemabuk
2.  Orang yang durhaka kepada orang tua nya
3.  Yang memutuskan tali silaturahim
4.  Tukang telek
Do'a mereka tidak akan di ijabah kecuali mereka bertaubat dengan taubat nasuhah
Dan Rasulullah saw bersabda lagi "Siapa saja yang menyampaikan khabar kebaikan, maka dia akan mendapat pahala sebanyak orang yang melakukannya dan tidak akan dikurangi pahalanya walau sedikit pun . Malam keberkatan itu akan menjadi Syi'ar Islam, alunan Al-Qur'an menggema dan pahala yang kita dapat semakin banyak. Semuga اللّهُ berkenan melihat kita untuk dapat berbuat baik, makin baik dan terus baik sampai akhir hayat kita

No comments:

Post a Comment