Sunday, May 11, 2014

Ada 8 perkara bantu tingkaat kesabaran



Ada  8 perkara bantu tingkaat kesabaran 

SABAR dipandang mulia disisi Allah , kerana ia mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan
orang lain..Sikap itu perlu diamalkan setiap masa oleh kita dalam kehidupan seharian.
Keperluan sabar dikategorikan kepada 2 perkara iaitu :
1.      Menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi ia dilarang oleh agama
2.      Menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi
Perkara yg disukai tetapi dilarang oleh agama .. apakah dia itu..
Contoh;-
1.      Mengumpat dan menfitnah..
2.      Makan riba’
3.      Berjudi.
Mengumpat atau menfitnah..
perkara ini memang menjadi kesukaan ramai manusia..
sbb apa.. ? Tidak lain tidak bukan kerana hati mereka itu telah rosak.. telah dipengaruhi
oleh pujukan syaitan..
Makan riba..
secara tidak sedar kadang-kadang kita terjebak dalam perkara ini..
Berjudi.. kerana sikap manusia hendak cepat hidup senang .. maka kadang-kadang segelintir manusia terjebak dalam perkara ini.. cuba kita lihat disekeliling kita .. ada tak perlakuan ini..
Berjudi
tidak semestinya pergi ke Genting.. dekat pekan kecil pun ada tempat judi.. sprt.. kedai ramalan nombor….Oleh itu kita..perlu melawan sifat tersebut dengan sifat sabar

Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi
Contoh:-
1.      Menerima musibah..
2.      Difitnah.dan diumpat
3.      Dianiaya.
Pengertian sabar.  Sabar berarti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan atau perbuatan yang mendatangkan keburukan, penderitaan , sanggup melakukan perkara sukar ..
Seperti bersedia menghadapi tempoh yang panjang untuk mendapatkan sesuatu , sabar menahan diri daripada perkara yang sukar demi untuk kebaikan ..Maka Allah janjikan orang tersebut bakal mendapat kegembiraan.petunjuk keberkatan dan rahmat daripadaNya
Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang sabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya.




Dr Yusof Qardhawi berkata ada 8 perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang..
  1. Mengenali siapa dia - dari mana dia dating - untuk apa dia dating - kemana akhirnya
mengenali hakikat hidup didnia yang penuh cabaran dan bersifat sementara
  1. Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu..
  2. Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran dari Allah
  3. Yakin bahawa Alah akan membantu hambanya
  4. Berusaha mencontohi orang yang sabar
  5. Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah
  6. Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah
  7. Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti.. Marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh gapah.

Ketahuilah sabar itu boleh membentuk jati diri..membentuk cita-cita bagi mendapatkan sesuatu dengan lebih yakin bagi mencapai hasrat hati. Sifat sabar adalah kunci mencapai kejayaan, insan yang tidak sabar , insan yang tidak tekun dalam aspek menuntuk ilmu ia tidak akan memperolehi pengetahuan.. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaannya , ia tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dan tidak akan mendapat kesempurnaan hasil kerjanya dengan baik.

Ibnu Qayim dalam bukunya Al-madaraji ada menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.
Kesabaran sangat –sangat dikehendaki dan ada batasnya ..
Sebab itu kita perlu mengelakkan sesuatu pihak akan menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri  sebagai senjata untuk memusnahkan diri kita. 
Setiap insan juga perlu mempunyai tahap kesabaran yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan dalam kehidupan didunia  bagi memastikan kehidupan didunia ini dapat ditempuhi dalam keimanan..
Bersabarlah kepada ajakan syaitan.. sebab syaitan akan menggunakan 12 pintu-pintu hati manusia..
Mengikut Imam Al-Syafie..pintu-pintu tersebut ialah :-

  1. Perasaan marah
  2. Nafsu syahwat
  3. Perasaan tamak dan dengki
  4. Kenyang
  5. Cinta kepada perhiasan dan harta benda
  6. Suka berharap kepada manusia
  7. Gopoh gapah atau terburu nafsu
  8. Cinta kepada wang ringgit atau emas
  9. Sikap kedekut atau bakhil
  10. Fanatik kepada sesuatu mazhab atau fahaman ( kelompok )
  11. Membingcangkan tentang zat , sifat dan af’al atau perbuatan Allah tanpa ilmu
  12. Sikap suka buruk sangka terhadap orang Islam ..


Ada lapang ada masa sempit,
ada susah ada waktu senang,
ada kala gagal ada pula berjaya,
ada suka ada duka ,
setelah sakit ada sembuhannya.
setiap yang hilang pasti akan berganti,
dalam kesesatan akan datang petunjuk,
dalam kesulitan ada kemudahan
dan setiap kegelapan akan datng cahaya..
ada bahgia ada juga derita,
ketika tersenyum tidak semestinya tanda gembira ada kalanya
dalam hati menanggung keciwa..
pasti dan yakin lah setiap tangisan tidak akan diakhiri dgn kedukaan
ketakutanitu akan diakhiri dgn rasa aman
dan kegelisahan akan kembali dengan kedamaian.....
sebab … Tuhan akan bersama dengan orang yang selalu sabar..

No comments:

Post a Comment