99
nama2 ALLAH
"Dari Abdullah bin 'Amr r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu
ayat..."Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w
bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha
Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha
Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan
Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi
Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi
Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi
Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas
Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki
Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna
Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan
Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha
Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber
Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik
Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha
Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi
Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada
Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha
Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha
Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
Fadilah nama-nama Allah
(fadhilat ini dipetik dari tajuk
buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur
Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. "Ya Allah!" apabila
dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau
solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala
yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila
dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi
terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin
Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya
penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang
terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila
dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari,
segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat &
kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila
dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati
kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki
dll.
6. "Ya Salam!" apabila
dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar
dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila
dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan
yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang
merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila
dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhuIsyak, Insyaallah fikiran &
hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila
dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi
orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila
dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk
& patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!"
apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita
akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg
setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca
mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat
menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan
cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya
kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7
hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh
dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!"
sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah
ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu
hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir"
sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang
suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama
3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x,
InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil
beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak
100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan
dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir
menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari
ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu
memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir
sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam
kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun
akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir
mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan
dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa
diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir
sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh
Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir
sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat
kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!"
dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah
& terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi
mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga
itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki
akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!"
dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk &
tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai
musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan
setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta
benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat &
terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!"
dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan
yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!"
Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada
kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar &
membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya
inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah
zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha,
InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!"
Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita
terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari
Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan
sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka
hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan
mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan
sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita
selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan
memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga,
ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan
memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak
sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu
dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!"
Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai
kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan
kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!"
dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai
sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada
tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan
terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi
orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui
dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima
taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!"
dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih
kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah
setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk
mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (**
di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang
dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si
anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi
seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu
fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut
dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat
malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir
sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas
terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya
kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana
sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan
zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa
lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk
memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777
x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan
meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!"
Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir,
InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan
bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpadisedari kedudukan kita akan
lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk
mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka
amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat
darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi
meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan,
maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang
dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari
sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada
Allah. InsyaAllah.. ..
45. "Ya M uji ib!"
Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita
mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak
55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di
dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang,
InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir
ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki
sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi
pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari,
InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal &
mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan
zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi
insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan
sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk
ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi &
menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini
sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke
seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi &
menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan
sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi
kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila
ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya,
maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si
pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan
zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman &
taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya
terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika
itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda &
kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan
zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan
sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang
besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa
gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!"
Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok
sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan
kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang
bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!"
Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling
berhak menerima segala p uji an.
58. "Ya Muhshiy!"
Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu
dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah
solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar
segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x
setiap hari. InsyaAllah.. ..
60. "Ya Mu'id!" Andai ada
anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini
sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan
hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan
zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan
darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam
perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk
mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah
zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah
berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang
banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa,
ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn
"Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang
hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai
segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai
berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh
pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi
kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka
hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi
pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk
menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan
solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat
Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam
kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan
zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila
kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini
sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar
tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka
berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil
kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut
Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir
dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala
usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi
meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!"
Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah
segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan
berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah
Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!"
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi
(khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang
pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti
no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!"
Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan
para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!"
Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka
yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu
mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala
hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati
akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi
orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah
memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke
jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika
kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan
kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini
setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan
Allah.
82. "Ya 'Afuww!"
Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya
oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi
sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang
memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun
malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang
pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu
gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat
fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat
pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal
Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan,
InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!"
Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan
sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya
ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka
amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah
menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang
dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!"
Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang
kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat
berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah
kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah
dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai
kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat
subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim
& suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini
sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang
mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati.
Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan
ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut
Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi
orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan
dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut
Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang
agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun
kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini
setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi
sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat,
hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya
Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan
tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai
kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan
kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini
sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan
pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah
zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar
ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas,
perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!"
Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya,
supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam
berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah
akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun
kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini
sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar
kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir
ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah,
maka segala usaha & upaya akan mencapaikejayaan.
No comments:
Post a Comment