
Tazkirah Ramadhan
Kini hampir 2 minggu kita menunaikan ibadat puasa Ramadhan di mana
begitu banyak faedah daripada kewajipan ini samada untuk maslahat dunia
apatah lagi kelebihannya bagi sesiapa yang menunaikan ibadat puasa penuh
keimanan dan keikhlasan kepada Allah termasuk keampunan daripada segala
dosa dan anugerah nikmat Syurga.
Antara perkara yang dirasai
ketika menunaikan ibadat puasa ialah perasaan lapar di mana antara
matlamat lapar ialah sebagaimana yang kita fahami daripada suatu doa
Nabi Muhammad s.a.w ketika malaikat Jibril datang membawa tawaran
daripada Allah untuk menukarkan semua bukit batu di sekitar Mekah
menjadi bukit emas lalu baginda berdoa yang bermaksud :
Tidak Wahai Tuhanku! Sesungguhnya aku lebih suka dalam hidupku
berkeadaan lapar sehari dan kenyang sehari kerana ketika waktu lapar dapatlah
aku bertadharruk (merintih merayu) terhadapMu ya Tuhanku. Dan apabila aku dalam
keadaan kenyang maka dapatlah aku memujiMu dan mensyukuri nikmatMu ya Allah!
Lapar melahirkan rasa tadharruk iaitu hati yang sentiasa merintih
kepada Allah di mana ia akan menyuburkan jiwa kita dengan sentiasa
berhubung dengan Allah.
Nikmat Allah akan lebih dirasai bila
kita terlalu berhajat kepadanya sebagaimana orang lapar begitu gembira
bila dapat makanan walaupun sedikit. Tanpa melalui tarbiah puasa
termasuk rasa lapar ini maka ramai yang tidak ingat tentang betapa
berharganya nikmat Allah walau pun sedikit dan tidak merasa bagaimana
kesusahan golongan yang memerlukan kerana sentiasa berada dalam
kekenyangan
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِن تُطِيعُوا الَّذِينَ كَفَرُوا يَرُدُّوكُمْ عَلَىٰ أَعْقَابِكُمْ فَتَنقَلِبُوا خَاسِرِينَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu taatkan
orang-orang yang kafir nescay mereka akan menolak kamu kembali kepada
kekufuran, lalu menjadilah kamu orang-orang yang rugi . Beradanya kita
pada bulan Ramadhan turut mengingatkan kita bahawa telah masuk waktu
untuk menunaikan zakat fitrah yang merupakan rukun Islam ke-4. Bila
sebut tentang zakat maka isu ini tiba-tiba menjadi hangat pada Ramadhan
kali ini apabila timbulnya masalah umat Islam yang terpaksa meminta
simpati gereja dan kuil atas alasan susah untuk mendapat bantuan
kebajikan.
Terlalu banyak pengajaran dan panduan berharga
yang wajib diambil daripada al-Quran bagi memastikan segala gerak-geri kita
sentiasa dikira sebagai ibadat disamping jauh daripada maksiat derhaka terhadap
Allah. Rebutlah ganjaran besar yang dijanjikan kepada orang yang suka membaca
al-Quran terutama pada bulan Ramadhan ini
Sebagaimana suatu hadis yang diri wayatkan oleh imam Muslim Dari Abi
Umamah Al-Bahili r.a. berkata : Aku dengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
اِقْرَأُوْا الْقُرْآنَ ، فَإِنَّهُ يَأتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعاً لأَصْحَابِهِ
Maksudnya : “Bacalah Al-Quran, maka sesungguhnya ia datang pada hari kami menjadi syafaat(penolong) kepada tuan yang membacanya
Sempena berada pada bulan Ramadhan bulan turunnya al-Quran marilah kita
sama-sama menghidupkan al-Quran dalam diri kita, keluarga kita
seterusnya masyarakat sekeliling, negeri dan negara. Beruntunglah bagi
orang yang menjadikan al-Quran sebagai teman hidup sehingga al-Quran
mampu memberi ketenangan dalam kehidupan di dunia, membantunya ketika
berada dalam alam kubur seterusnya padang mahsyar nanti. Betapa ruginya
manusia yang menjauhi al-Quran sehingga hidupnya penuh kekosongan jiwa,
dalam kubur melolong seorang diri mencari penolong dan di akhirat
tercari-cari sesuatu yang mampu membantunya untuk lari daripada azab
yang dahsyat..
Allahwualam ..
No comments:
Post a Comment