Monday, July 29, 2013

Harta itu racun,zakat itu ubatnya

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya
Dah bayar zakat ke belum semua ni.. jangan lupa zakat fitrah itu mensucikan diri .. .
Barang siapa memberikan zakat fitrah , maka baginya 10 mcm kebaikan :-

1. Badannya bersih daripada segala macam dosa..
2. Dibebaskan dari api neraka..
3. Puasanya menjadi diterima..
4. Memastikan dirinya masuk syurga..
5. Keluar dari kuburnya dengan selamat ..
6. Diterima kebaikan yang diperbuat dalam tahun ini
7. Pasti mendapat syafaat ku dan pertolongan dihari khiamat (dari Nabi
Muhammad )
8. Dia akan melalui Shiratulmustaqim bagaikan halilintar menyambar..
9. Timbangannya akan menjadi berat dengan kebaikan yang banyak..
10.Allah Taala menghapuskan namanya dari buku catatan org2 yg celaka
dan sengsara

Sebagaimana yang telah dikatakan oleh Hasan Bashary :- Sesungguhnya zakat fitrah terhadap puasa itu seperti sujud sahwi terhadap sembahyang.. Maka sebagaimana sujud sahwi itu mencukupi tiap2 yang terjadi kekurangan didalam sembahyang , maka demikian juga puasa
dicukupi dengan zakat fitrah apa2 yang terjadi kekurangan didalam puasa itu dan dengan mengerjakan sembahyang terawih, kerana sesungguhnya kebaikan itu boleh menghapuskan semua kejahatan

Hadis Nabi Muhammad saw.
bermaksud:-  Barang siapa memberikan zakat fitrah , maka baginya dari tiap2 biji @ butir gandum atau beras ia akan dibalas dengan 70000 istana yang panjang , tiap2 istana itu sejauh antara timur dan barat

Zakat fitrah guna mensucikan org yg berpuasa dari kata2 dan perbuatan yg keji dan untuk sesiapa yg mengeluarkan zakat fitrah sebelum sembahyang hari raya maka itulah zakat yang diterima , dan suiapa yg membayar sesudah sembahyang hari raya , maka itu adalah semacam  sedekah dari beberapa sedekah.. ( HR Abu Daud dan Ibnu Majah )

Hukum waktu membayar zakat fitrah..

Harus..  Sepanjang bulan Ramadan
Sunat..  Pada malam 1 syawal ( mlm raya )
Wajib..  Sebelum sembahyang hari raya..
Makruh. Selepas sembahyang hari raya..
Haram   Selepas sembahyang Asar ( hari raya pertama )


Mengikutsebuah hadis Nabi MUhammad saw..
Yang bermaksud:-
Puasa seseorang hamba itu tergantung diudara antara langit dengan bumi , sehingga dia menunaikan sedekah @ zakat fitrah.. Apabila dia telah menunaikan zakat fitrah , maka Allah menciptakan bagi uasa itu dua sayap berwarna hijau, lalu puasa itu terbang dengan kedua sayap itu kelangit yang tujuh.. Kemudian Allah swt memerintahkan supaya puasa itu diletakkan didalam sebuah lampu gantung dari beberapa lampu gantung di Arsy, sehingga pemiliknya datang.

No comments:

Post a Comment