Bab Hadis Kudsi - surah al-Fatihah

Kuliah subuh ..
Bab Hadis Kudsi
Berkata Ubay bin Ka'ab ra.. bahawa sanya Nabi Muhammad saw bersabda..
Allah telah berfirman..
' Wahai anak Adam!.. Aku telah turunkan 7 ayat ..
3 daripadanya untuk Aku, dan 1 antara Aku dan engkau ..sementara 3 lagi untuk engkau
Ada pun 3 yang untuk Aku itu ialah:
1. Alhamdulillahi Rabbil Aalamiin ( segala pujian bagi Allah Tuhan seru sekelian alam )
2 .Ar.Rahmaanir -Rahim ( Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang )
3. Maaliki Yaumiddiin ( Yang menguasai hati kiamat )
Ada pun 1 yang antara Aku dan engkau ialah:
1. Iyayaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin ( Hanya kepada Engkau sajalah kami
sembah dan kepada Engkau pula kami mohon pertolongan )
Ada pun 3 untuk engkau ialah :
1. Ihdinash-shiraathal Mustaqiim ( Tunjukilah kami jalan yang lurus )
2. Shiraathal-ladziina An'amta alaihim ( Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan
nikmat kepada mereka )
3. Ghairil Maghdhuubi alaihim Waladh-Dhaaliin ( Bukan mereka yang dimurkai dan
bukan pula mereka yang sesat )
Didalam hadis ini Allah swt telah menyeru diatas lisan NabiNya Muhammad
saw, tiap-tiap Bani Adam dengan Wahai anak Adam! Tidak kira Muslimnya
atau kafirnya..
Adapun yang telah Islam dan telah menerima syariat
Nabi mUhammad saw. akan berbahagialah ia. apabila menerima pesanan dari
Allah swt ini. manakala sikafir akan rugilah ia, kerana tidak menerima
syariat Muhammad itu..maka tidak akan sampailah kepadanya pesanan Allah
swt yang cukup penting ini..sebab ia tidak dikira dalam golongan ahlil
Islam.. selama ia hidup didunia yang fana ini ia hanya berada diluar
gerbang Islam..
Pada hal pintu gerbang Islam itu sentiasa mengalu-alukan sesiapa yang mahu mendampiginya..
Bagi kaum Muslimin , dihadapan kita ada 2 jalan yang mesti kita pilih untuk kita tujui..
1. Jalan kekanan - ( Shiraathal-Mustaqiim - Jalan yang lurus menuju kesyurga
kenikmatan )
2. Jalan kekiri - ( Shiraathal-Mi'waj - Jalan yang bengkok menuju keneraka
kecelakaan )
Oleh itu wahai saudara-saudara ku ingatilah dan hayati akan surah (
surah Fatihah ) ini yang mempunyai pelbagai keajaiban .. kesemua 7 ayat
ini adalah menjadi penawar jiwa bagi umat Muslimin .. ia adalah surah
yang mulia ..
Al-Fatihah juga dinamakan dengan berbagai-bagai
nama yang mulia: seperti Sab'ul- Matsani ( 7 yang berulang-ulang ) yakni
dibaca berulang-ulang didalam sembahyang pada setiap rakaatnya. ia
juga dinamakan dengan Ummul-Kitab ( Qur'an ) yakni ( Ibu al-Qur'an) dan
Fatihatul - Kitab ( Pembuka Kitab ) dan nama-nama yang lain ..
Justeru itu peliharalah surah ini baik-baik semuga Allah memelihara Anda semua.. amiiinnn ..

No comments:
Post a Comment