WANITA
DAN IBADAH HAJI
Haji
adalah satu daripada rukun Islam yang lima.. Ia fardu keatas setiap muslim yang
mempunyai kemampuan untuk melaksanakan nya.sama ada lelaki mahupun wanita.
Meskipun
semua syarat,rukun,wajib dan sunat haji itu dituntut keatas semua jemaah lelaki
dan wanita, terdapat beberapa perkara yang berbeza sesuai dengan keadaan dan
fitrah kejadian masing-masing.
Justeru
terdapat beberapapermasalahan yang biasa dihadapi oleh jemaah wanita sahaja dan
permasalahan yang berkait dengan hubungan wanita dan lelaki.
Permasalaha-permasalahan
tersebut dapat dipecahkan seperti berikut...
1. Haaid
dan istilah serta perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
2. Aurat
3. Perhubungan
suami isteri
4. Pergaulan
dengan rakan sebilik atau semaktab
1.Haid dan
Istilah.
Haid
merupakan permasalahan utama yang
menjadi kerisauan para jemaah haji wanita. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk
mengelak kedatangan haid semasa berada ditanah suci. Tujuannya supaya mereka
dapat member sepenuh tumpuan kepada ibadah hajidan amalan-amalan yang dituntut
ketika berada ditanah suci khususnya ibadah solat tawaf, dan iktikaf disisi
Kaabah didalam Masjid al-Haram.
Kedatangan
haid sedikit sebanyak menjadi penghalang kepada pelaksanaan ibadah tersebut.
Hal ini telah dirasai bersama oleh SaidatinaAisyah r.a. Ketika rombongan haji yang dipimpin oleh
Rasulullah saw pada tahun 10 hijrah tiba diSharif yang terletak lebih kurang 16
km dari kota Mekah. Saidatina Aisyah r.a didatangai haid. Beliau sangat risau
tidak dapat melaksanakan haji yang merupakan satu-satunya tujuan beliau
mengikuti rombaongan itu.
Rasulullah
saw menenangkan hati beliau dan secara tidak lansungmenerangkan hokum bagi
wanita haid menunaikan haji. Sabda Baginda “ Ini adalah satu ketentuan Allah
keatas anak-anak perempuan Adam. Tunaikan hajimu sebagaimana orang lain
menunaikan nya.Cuma kamu jangan tawaf diBaitullah sehingga kamu mandi ( bersuci
daripada haid ) riwayat Muslim
..
Nabi
memujuk dan menenangkan hati isteri Baginda dan kaum wanita umumnya bahawa haid
adalah sesuatu yang ditentukan sejak azali lagi keatas mereka. Jadi haid tidak
boleh dijadikan sebab tidak sempurnanya ibadah haji. Haid tidak menghalang
wanita menunaikan semua rukun dan wajib haji kecuali tawaf diBaitullah.
Sehubungan
itu jemaah haji wanita dinasihati supaya tidak berusaha menghalang kedatangan
haid secara normal dengan cara mengambil ubat-ubatan tanpa merujuk atau panduan
doctor yang pakar. Tindakan sedemikian sering menjadi punca timbulnya
berbagai-bagaimasalah yang tidak diduga . Niat asal untuk membanyakkan ibadah
dimasjid al-haram tidak kesampaian. Malah berlaku sebaliknya, haid yang hendak
disekat telah dating dalam keadaan yang membingungkan .. Oleh itu perlulah
berhati-hati.
2 .Aurat.
Amai
wanita yang masih keliru tentang aurat. Aurat bermaksud keaiban atau sesuatu
yang memalukan apabila didedahkan. Anggota tubuh badan kita adalah sesuatu
amanah yang perlu dijaga dan dipelihara daripada perkara-perkara yang
mendatangkan keaiban dan kemudaratan.
Lantaran itu Allah perintahkan kita agar berpakaian dengan kemas dan
cantik supaya kita terpelihara daripada perkara-perkara yang keji dan mungkar.
Sebagaimana
firman Allah dalam al-Quran surah al-A’raf ayat 26.
‘Wahai
anak Adam sesungguhnya kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan
untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan
pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya’.
Menutup
aurau adalah selari dengan tuntutan fitrah.. Lantaran itu syaitan sangat suka
manusia mendedahkan aurat dan berusaha dengan pelbagai cara serta menghasud
agar manusia tidak menutup aurat dengan sempurna.
Hal
ini sebagaimana firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 22.
Dengan
sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berduaa ( kedalamlarangan ) dengan
tipu datanya. Setelah mereka memakan ( buah kuldi ) pohon itu terdedahlah
kepada mereka berdua aurat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya dengan
daun-daun dari syurga
Aurat
wanita terbahagi kepada aurat yang wajib ditutupi didalam solat dan ketika
tawaf, dan aurat yang wajib ditutupi diluar solat dan ketika tawaf.
Aurat
yang wajib ditutupi didalam solat dan ketika tawaf.
Ia
adalah seluruh tubuh badannya kecuali muka dan dua tapak tangan.
Auart
yang wajib ditutupi diluar solat dan ketika tawaf terbahagi kepada :-
- Dihadapan suami.. Tidak ada aurat yang wajib ditutupi, suami harus melihat seluruh tubuh badan isterinya tanpa kecuali.
- Dihadapan kaum wanita muslimah adalah antara pusat dan lutut
- Dihadapan lelaki mahramatau orang yang haram berkahwin dengannya ialah antara pusat dan lutut . maksudnya wanita boleh membuka anggotanya selain daripada bahagian antara pusat dan lutut dihadapan lelaki mahramnya dengan syarat tidak menimbulkan fitnah. Jika boleh menimbulkan fitnah maka haram membukanya.
- Dihadapan lelaki ajnabi.. iaitu lelaki bukan mahram adalah seluruh tubuhnya. Menurut pandangan mazhab Shafie, wanita tidak harus membuka anggota tubuhnya dihadapan ajnabi walaupun sedikit kecuali kerana keuzuran yang dibenarkan oleh syarak .
Berdasarkan
penjelasan itu tidak ada aurat semasa ihram . sebaliknya ia tertakluk kepada
semua keadaan. . Umpama ketika berada didalam bilik bersama-sama teman-teman
wanita walaupun ketika berada didalam ihram , tidak wajib berpakaian menutup
seluruh tubuh. Kecuali bahagian antara pusat dan lutut . Bila jemaah hendak
keluar dari bilik yang kemungkinan besar
Akan
bertembung dengan lelaki ajnabi, jemaah mestilah berpakaian menutup seluruh
tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan,sama ada ketika itu dia berada dialam
ihramatau tidak.
3. Perhubungan
suami isteri
Kebanyakkan
jemaah haji wanita ditemani oleh suami. Kesempatan berada ditanah suci jadi
tetamuar-Rahman sewajarnya menggunakan kesempatan itu untuk meemupuk kasih
saying dan mengeratkan ikatan cinta yang telah terbina.. Perbaiki segala
kesilapan yang lalu buang yang keruh ambil yang jernih.. Namun adab-adabnya
perlu dijaga agar tidak mengganggu jemaah lain... Suami janganlah memasuki
bilik isteri dan isteri jangan memasuki bilik suami kecuali dalam keadaan
terpaksa seperti merawat sakit dan sebagainya kerana boleh mengganggu ketenteraman
dan keselesaan rakan-rakan sebilik masing-masing
Jika
ada urusan yang perlu dibincang carilah tempat yang bersesuaian .
4. Pergaulan
dengan rakan sebilik atau semaktab
Allah
swt menjadikan semua mukmin tanpa mengira bangsa adalah bersaudara.
Firman
Allah swt dalam surah al-Hujurat ayat 10
‘Sebenarnya
orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara , maka damaikanlah diantara dua
saudara kamu ( yang bertelengkah ) itu dan bertakwalah kepada Allah suaya kamu
beroleh rahmat’
Jemaah mestilah
memandang para hujjah dari pelbagai pelosok dunia itu adalah saudara mereka,
saudara yang diikat oleh tali iman kita
mesti beriman kepada Allah yang satu , mengikut Nabi yang satu berpandukan
kitab yang satu dan mengadap kiblat yang satu,
Sebagai saudara
mereka mempunyai hak serta kewajipan terhadap satu sama lain. Allah dan rasul
telah menggariskan beberapa perkara yang wajib dilaksanakan demi menjaga
hubungan persaudaraan sesame Islam
"Wahai
orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan
menolong mu dan mengukuhkan kedudukan mu" Surah Muhammad: 7
* Sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku dengan sekali selawat nescaya Allah (Subhanahu Wa Taala) akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
(Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abdullah bin Amru bin Al-‘Ass Radhiyallahu Anhu)
* Sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia yang paling utama dengan ku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”.
(Hadith riwayat Imam Tirmizi daripada Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu Anhu)
* Sabda Rasulullah (Sallallahu Alaihi Wasallam) juga yang bermaksud: “Barangsesiapa yang berselawat ke atasku sekali nescaya Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali”.
(Hadith riwayat Imam Muslim daripada Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu)
Antara Kelebihan Selawat Ke Atas Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam
* Dalam suatu riwayat, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah bersabda bahawa, Malaikat Jibril, Mikhail, Israfil dan Izrail Alaihisalam, telah berkata kepadaku.
* Berkata Jibril Alaihisalam: Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.
* Berkata pula Mikail Alaihisalam: Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.
* Berkata pula Israfil Alaihisalam Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah Subhanahu Wa Taala dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah Subhanahu Wa Taala mengampuni orang itu.
* Malaikat Izrail Alaihisalam pula berkata: Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi-nabi.

No comments:
Post a Comment