Solat dan Pengertiannya.
Pengertian solat.
1. Solat pada bahasa bererti Doa
Pada istilah syarak
pula solat ialah beberapa perbuatan dan ucapan yang dimulai dengan
takbiratulihram dan diakhiri dengan salam dengan syarat2 tertentu.
2. Hukum menunaikan solat adalah wajub keatas setiap orang Muslim
yang cukup syarat2nya . Sesiapa yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah
berdosa.
3. Dalil kewajipan solat adalah seperti
firman Allah swt dalam
surah An-Nisk ayat 103..
Maksudnya: Maka dirikanlah sembahyang itu dengan
sempurna sebagaimana biasa. Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan
yang diwajibkan atas orang2 yang beriman yang tertentu waktunya .
Syarat2 wajib.
1. Ia hendaklah beragama Islam , tidak wajib keatas orang
kafir,kerana mereka tidak percaya kepada Allah swt.
2. Berakal, tidak wajib keatas orang gila
3. Baligh, tidak wajib keatas kanak2
4. Suci daripada haid dan
nifas
5. Boleh mendengar dan melihat, tidak wajib keatas orang yang buta
, tuli dan bisu sejak lahir.
Syarat2 sah solat
1. Suci daripada hadas kecil dan besar
2. Suci badan, pakaian, tempat
3. Menutup aurat
4. Menghadap kiblat
5. Yakin telah masuk waktu solat
Rukun solat ( ada 13 perkara )
1. Niat
2. Berdiri bwetul bagi yang berkemampuan
3. Takbiratulihram
4. Membaca surah Fatihah
5. Rukuk serta tumakninah
6. Iktidal serta tumakninah
7. Sujud serta tumakninah
8. Duduk antara dua sujud
9. Duduk tahiyat akhir
10. Membaca tahiyat akhir
11. Membaca selawat keatas Nabi dalam tahiyat akhir
12. Memberi salam yang pertama
13. Tertib ( yang dulu didahulukan )
Perkara2 yang membatalkan solat
1. Meninggalkan mana2 rukun solat ( yang 13 perkara )
2. Bercakap dengan sengaja
3. Berhadas kecil atau besar
4. Terkena najis pada badan atau pakaian
5. Terbuka aurat
6. Berubah niat
7. Makan dan minum
8. Ketawa yang mengeluarkan suara..
9. Bergerak tiga kali berturut2
10. Berubah dada daripada kiblat
11. Murtad..
Perkara2 maksuh dalam solat ( dibuat tidak mengapa dan ditinggalkan
mendapat pahala )
1. Menahan diri daripada membuang air kecil atau besar
2. Meludah
3. Memejamkan mata
4. Memandang keatas dan kebawah
5. Memalingkan muka dari arah kiblat
6. Menguatkan suara pada bacaan yang diperlahankan
7. Bersandar pada sesuatu
8. Menahan lapar
Hikmah solat
1. Dapat membentuk akhlak dan peribadi mulia
2. Memperolehi hidayat daripada Allah swt
3. Member ketenangan dan ketenteraman jiwa
4. Mengukuhkan keimanan kepada Allah swt
5. Menunjukkan pengabdian diri terhadap PenciptaNya
6. Mendapat ganjaran pahala.
Khusyuk dan pengertiannya
1. Khusyuk dalam solat bermaksud tunduk dan erendah diri dengan
memberikan sepenuh tumpuan,fikiran, hati, dan anggota semata2 kerana Allah swt
2. Orang yang mendirikan
solat dengan khusyuk akan beroleh kejayaan ..
Sebagaimana firman Allah swt
dalam surah Al- mukminun ayat 1-2.
Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah
orang2 yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk didalam sembahyang.
Cara2 untuk mendapatkan khusyuk dalam solat
1. Hati dan peranannya
a. Member tumpuan dengan mengingati kebesaran dan keagungan Allah
swt
b. Mengingati kelemahan dan kekurangan diri berbanding dengan
kekuasaan dan kebesaran Allah swt
c. Menumpukan sepenuh perhatian kepada solat
2. Akal dan peranannya
a. Memahami dan menghayati apa yang dibaca
b. Melupakan segala urusan keduniaan
c. Menumpukan sepenuh perhatian kepada solat
3. Anggota dan peranannya
a. Menumpukan pandangan mata hanya ketempat sujud
b. Melakukan semua perbuatan dengan sempurna dan tumakninah
c. Tidak melakukan pergerakan selain berkaitan dengan solat
Perkara2 yang menghalang khusyuk
dalam solat
1. Tidak memahami maksud ayat dan bacaan dalam solat
2. Banyak berangan2 atau berkhayal dalam solat
3. Tergesa2 dalam melakukan solat
4. Gangguan persekitaran seperti bunyi bising dan kesibukan
aktiviti manusia
5. Banyak melakukan maksiat dan dosa
6. Makanan danpakaian daripada sumber yang haram.
Kihmat khusyuk dalam solat
1. Solat yang khusyuk akan diterima oleh Allah swt
2. Meningkatkan keimanan kepada Allah swt
3. Mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar
4. Melahirkan keinsafan dalam diri..
No comments:
Post a Comment