Friday, January 11, 2013

Tanda Hidup Tak Berkat



4 Tanda Hidup Tak Berkat

Tanda-tanda hidup kita tak berkat ialah :

1. Ada Duit banyak, tapi cepat jer habis.
Tak tau duit pergi mana. Pendapatan bertambah, tapi asyik tak cukup jer. Duit banyak dihabiskan pada benda yang sia-sia. Patutnya bila duit dapat banyak, sedekah pun kena la bertambah. Tapi tak, kita jadi makin kedekut. Sedekah tak bertambah, duit tetap habis ke tempat lain.
 

2. Buat kerja, selalu tak siap.
Projek ada macam-macam, idea banyak, tapi satu pun tak berjaya. Macam-macam usaha dibuat, macam-macam projek kita cuba nak lakukan, tapi semuanya tergantung. Semuanya tergendala. Satu pun tak berjaya. Kalau ada yang menjadi, tapi tak seperti yang dirancangkan.

3. Bila Buat sesuatu, tak dapat manfaat.
Baca buku banyak, tapi ilmu satu pun tak lekat. Nasihat orang pandai, tapi diri pun tunggang langgang.

4. Ada Masa habis dengan disia-siakan.
Kononnya sibuk, tapi sebenarnya banyak masa dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Leka main fb, leka tengok TV, leka berborak dengan kawan, leka main game, leka melepak dengan kawan-kawan. Tapi nak luang baca Quran 5 minit sehari pun tak boleh. Solat pun akhir waktu. Solat tak sampai 5 minit. Zikir langsung tak amal. Malah nak berdoa untuk diri sendiri pun malas.

Mari kita sama-sama muhasabah diri. Tanya pada diri, adakah kita salah seorang daripada orang yang tidak mendapat keberkatan dari Allah.

10 Golongan yang menzalimi diri sendiri

1. Bila berdoa tidak mendoakan orang lain
2. Tidak suka membaca al-Quran
3. Tidak solat sunat tahayatul masjid bila masuk masjid
4. Tidak memberi salam dan berdoa untuk ahli kubur ketika berada diperkuburan
5. Apabila sampai kesuatu tempat dia tidak solat jumaat
6. Apabila orang alim datang ketempatnya dia tidak mahu pergi belajar
7. Apabila bertemu 2 orang tidak bertanya nama
8. Apabila dijemput kenduri dia tidak datang
9. Pemuda yang tidak mahu bekerja dan tidak mahu belajar
10. Makan kenyang sedangkan jiran sebelah kelaparan

Ditutup pintu rezki 

Bagi kaum lelaki yang disempitkan rezkinya

1. Menganiaya isteri dan menuduh isteri berzina tanpa bukti
2. Tidak menafkahi isteri
3. Tidak menyediakan rumah yang layak
4. Tidak menjaga keselamatan ahli rumah
5. Berambut palsu
6. Bertato dan mengikir gigi
7. Menyebarkan rahsia hubungan suami isteri
8. Tidak bertegur sapa sesama muslim selama 3 hari

Bagi kaum perempuan yang disempitkan rezkinya

1. Derhaka kepada suami
2. Meminta cerai kepada suami tanpa sebab
3. Mengingkari kebaikan suami
4. Bersepi2an dengan lelaki lain
5. Memandang lelaki lain dengan penuh syahwat
6. Menyerupai lelaki
7. Memberitahu ciri2 wanita lain kepada suaminya
8. Memandang aurat wanita lain dan bersentuhan badan dalam satu baju
9. Keluar rumah tanpa ada keperluan
10. Meratapi kematian dan berwangi2an memakai perfum apabila ada kematian seseorang
11. Mendatangi bomoh
12. Tidak bertegur sapa dengan muslim lain selama 3 hari dan mengganggu jiran
13. Menyumpah anak-anak

10 GOLONGAN MANUSIA YANG DI USIR DARI PADANG MAHSYAR

1.   Mereka diusir berupa kera. Mereka adalah manusia yang suka mengadu domba.
2.   Mereka diusir berupa babi. Mereka adalah manusia yang suka memakan barang yang haram.
3.   Mereka dihalau dalam keadana terbalik kaki di atas dan kepala di bawah. Mereka adalah dari
      golongan yang suka berdusta.
4.   Mereka dihalau dalam keadaan bisu dan pekak serta tidak berakal. Mereka adalah dari  
      golongan yang riak bangga diri dan sombong.
5.   Mereka dihalau dalam keadaan menguyah lidah sendiri sedang lidahnya itu
      menjulur ke bawah sampai ke dadanya dan dari mulutnya keluar nanah yang
      menjijikkan. Mereka adalah ahli pidato yang ucapannya berlainan dengan
      perilakunya.
6.   Mereka dihalau dalam keadaan tersalib di pohon kurma dari neraka. Mereka adalah
      Manusia yang berusaha mengajak orang ramai untuk menyokong pemimpin yang tidak jujur.
7.   Mereka dihalau dalam keadaan terpotong tangan dan kakinya. Mereka adalah
      orang-orang yang mengganggu jiran-jiran.
8.   Mereka dihalau dalam keadaan buta. Mereka adalah dari golongan yang curang
      dalam menetapkan hukum.
9.   Mereka dihalau dalam keadaan busuknya lebih busuk daripada bau bangkai.
      Mereka adalah orang yang gemar melepaskan nafsu syahwat dan menolak perkara wajib
      seperti zakat, puasa, solat, ... tidak menjalankan kerja dakwah dan sebagainya.
10. Mereka dikumpulkan dalam keadaan memakai pakaian besi yang panas. Mereka ini adalah manusia yg syirik kepada Allah swt.

42 NASIHAT AGAMA YG BERGUNA

1- Jika kamu menjaga hak-hak Allah SWT, Allah SWT akan menjaga hak-hak kamu.
2- Jika kamu tidak malu kepada Allah SWT, lakukan apa yang kamu kehendaki.
3- Elokkan makanan kamu, pasti Allah SWT memaqbulkan segala permintaan kamu.
4- Takutlah kepada Allah SWT, walau dimana kamu berada.
5- Balaslah kejahatan dengan kebaikan pasti kamu mendapat ganjarannya.
6- Berakhlaklah dengan manusia dengan sebaik-baik akhlak.
7- Takutlah kepada perkara-perkara dosa, pasti kamu akan menjadi Hamba Allah SWT terbaik.
8- Redhalah dengan pembahagian Allah SWT, pasti kamu akan menjadi manusia paling kaya.
9- Sayangilah manusia sebagaimana kamu sayang pada diri kamu sendiri.
10- Jangan terlalu banyak ketawa, kerana dengan banyak ketawa boleh menyebabkan hati mati.
11-Kezaliman adalah kegelapan di Akhirat kelak.
12-Bertaqwalah kepada Allah SWT dan berlaku adillah kepada anak-anak kamu.
13- Jauhilah daripada api neraka walau sekadar bersedekah dengan sebiji tamar.
14- Takutlah kepada doa orang-orang yang telah kamu zalimi.
15- Perkara yang paling berat dalam timbangan Allah SWT adalah Akhlak dan Budi
      Pekerti yang mulia.
16-Bertindak dengan tenang adalah ajaran Allah SWT dan Gopoh-gapah adalah ajaran
      daripada syaitan.
17-Orang yang sedikit harta, mendapat kiraan yang senang daripada Allah SWT.
18- Jika kamu tidak bersifat pemarah kamu akan miliki Syurga.
19- Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.
20-Tempat yang paling Allah SWT sukai dalam sebuah negeri adalah masjid
21-Tempat yang paling Allah SWT benci dalam sebuah negeri adalah pasar-pasar.
22-Makanan yang paling Allah SWT sukai adalah makanan yang disedekah secara ramai-ramai.
23-Perkataan yang paling Allah SWT sukai adalah : Zikirullah.
24-Orang yang paling Allah SWT sukai adalah orang yang pandai mencari manfaat
     dalam agama.
25-Amalan yang paling Allah SWT sukai adalah amalan yang mendatangkan kesukaan
      kepada manusia.
26-Sesiapa dapat menahan kemarahannya, allah SWT akan menutup perkara yang
      memalukannya.
27- Akhlak buruk adalah merosakkan amalan sebagaimana cuka merosakkan madu.
28- Hamba yang paling Allah SWT sayangi adalah hambanya yang paling Mulia Akhlaknya.
29-Hati-hati dengan dunia kerana ianya elok pada pandangan dan manis pada citarasanya.
30-Jagalah lidah kamu.
31-Laksanakan amanah kepada mereka yang mempercayai amanah yang telah kamu miliki.
32-Janganlah kamu menipu kepada orang yang telah menipu kamu.
33-Berdoalah kepada Allah SWT dalam keadaan yang kamu yakin kepada penerimaanya.
34-Berilah berita gembira, janganlah kamu menakut-nakutkan seseorang.
35-Permudahkanlah sesuatu urusan, jangan kamu memayahkan sesuatu urusan.
36-Makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang kamu layak makan.
37-Jika kamu didatangi nikmat atau harta, maka perhatikan kesan nikmat tersebut keatas
     diri kamu.
38-Jika sesuatu kaum menganugerahkan kepada kamu kemulian, maka muliakan mereka.
39-Jika kamu didatang seseorang lelaki untuk meminang anak kamu, dan dia memiliki
      nilai-nilai agama dan kemulian akhlak maka terimalah pinangannya atau kahwinkan dia.
40-Jika Allah SWT menghendaki sesuatu ahli keluarga itu bahagia, Allah SWT akan
      mencampakkan perasaan Kasih Sayang dalam ahli-ahli keluarga tersebut.
41-Jika manusia melakukan kejahatan kepada kamu, maka lakukanlah kebaikkan kepada mereka.
42-Jika ada orang melaga-lagakan kamu, biarkanlah dia.

No comments:

Post a Comment