Thursday, January 31, 2013

Peristiwa penting pada Rabiulawal

Peristiwa penting pada Rabiulawal.

1 Kelahiran jujungan besar Nabi Muhhamad saw pada 12 Rabiulawal tahun Gajah bersamaan 23 April 571 Masihi
2 Pada bulan Rabiulawal Nabi diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun dan berdakwah dengan rasmi diMekah al-Mukarramah
3 Tarikh hijrah Nabi Muhammad disebut Yathrib sampai diQuba pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan sampai dikota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan menunaikan solat yang pertama.
4 Peperangan banyak berlaku pada zaman Rasulullah diantara tentera Islam dan tentera kafir.
5 Baginda wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M dirumah isterinya Aisyah. dalam usia 63 tahun dan dikebumikan diMadinah al- Munawwarah
6 Sahabat Baginda Abu Bakar dipilih menjadi khalifah pada Rasulullah wafat
7 Pembukaan Baitul Muqadis ‘ Salahuddin al-Ayubi dan tentera Islam menewaskan tentera salib dan membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqadis pada tahun 583H

SELAWAT LAHIR NILAI MURNI KEROHANIAN

Amalan yang dituntut oleh Islam dan merolehi syafaat Nabi Muhammad SAW termasuk dihapuskan dosa.ada lah berselawat keatas Nabi Muhammad saw..

Antara faedah berselawat yang didapati daripada beberapa hadis Nabi adalah:-

1. Memperolehi selawat daripada Allah.
2. Memperolehi syafaat daripada nabi Muhammad SAW.
3. Memdapat kepemimpinan daripada malaikat.
4. Menghapuskan dosa.
5. Mendapat pertolongan dan tercapai keperluan hidup.
6. Mempunyai perbezaan dengan orang munafik.
7. Memperolehi nur zahir dan batin.
8. Mendapat keselamatan daripada azab neraka.
9. Membolehkan memasuki syurga.
10. Memperolehi ucap selamat daripada Allah.
11. Melipat gandakan pahala orang berselawat.
12. Ada harapan doa dimakbulkan.
13. Memperolehi hidayah dan hati hidup.

Hadis Nabi Muhammad SAW

Bermaksud:
“ Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah
orang paling banyak berselawat kepadaku ”

No comments:

Post a Comment