Friday, December 7, 2012

SETIANYA PUNGGUK WALAU PUN KASIH KECUNDANG



 SETIANYA PUNGGUK

Tatkala malam menjelma
terpanggil jua lagu derita
bersahut pungguk meratap hiba
menunggu bulan tak muncuk jua

Terungkit resah membadai jiwa
terpanggil rindu sepi terjelma
Berlagu pedih memori terluka
sahutan pungguk tak henti jua

Malam makin kelam
namun abdi nya pungguk tak jua terkilan
merayu kasih cerah nya bulan
terhenti melodi ,siang menanti

Itu lah kasih gambaran hati
yang tak pernah terlupa walau sehari
mencurah cinta berpegang nyata
Mengulas malam siang pun tiba
kembalilah duhai kasih
kepada diriku
jika aku masih ada dihatimu
hidupku sepi dan jiwaku sunyi
tanpa kehadiranmu...
dengarkanlah rintihanku
serta rayuanku

masihkah ada lagi kan
kemesraan antara kita
seperti dulu lagi.......
jangan tinggalkan daku
jangan kau berlalu pergi
sesungguhnya aku
amat menyintaimu


MAAFKAN DIRIKU......

biarlah tuhan menentukan segalanya
kuredha ku pasrah atas segalanya
kiranya ku terpaksa melepaskanmu
tanpa kerelaanku
mungkin itu yg terbaik buat dirimu

maafkan aku ampunilah daku
atas segala kegelisahan segala kegusaran

kerana aku..kau terima sakitnya
kerana aku..kau terima segalanya

selamat tinggal sayangku
selamat tinggal kuucapkan
jangan kau tanya kemana arahku
biarkan aku pergi hidup sendirian

kerna keterpaksaan kulakukan semua ini
demi kebahagiaan dan masa depanmu
jangan tangisi atas pemergianku ini
kerna ini bukanlah noktah terakhir dalam hidupmu

teruskan perjalanan hidupmu
walau tanpa aku disisimu

Andai Suatu Hari Ada Yang Bertanya
Mengapa Kita Tidak Lagi Bersama
katakan jodoh Kita Tiada
dan tiada Sengketa antara kita.

ALUNAN OMBAK MIMPI

Terdapat garisan sempadan nyata
cuma terluah hati
tersimpul bersama duri
terluah di jiwa ilusi
tak kan termiliki

Memakan hati nurani
berulamkan sepi
bernyanyi laguan rindu
teramat pilu
tersayat kalbu

Adakah itu jelmaanmu
mengintai malamku
menyapa tiap siang umpama bayang
mencipta satu demensi
yang tak menjanjikan reality

Hanya taburan mimpi
brcambah hidup meruah limpah
membenisakan bahagia
memulau cantek tapi.....
Terdapat garisan sempadan nyata
cuma terluah hati
tersimpul bersama duri
terluah di jiwa ilusi
tak kan termiliki

Memakan hati nurani
berulamkan sepi
bernyanyi laguan rindu
teramat pilu
tersayat kalbu

Adakah itu jelmaanmu
mengintai malamku
menyapa tiap siang umpama bayang
mencipta satu demensi
yang tak menjanjikan reality

Hanya taburan mimpi
brcambah hidup meruah limpah
membenisakan bahagia
memulau cantek tapi.....

Memusnah rupa
hilang tawa nan ceria
hanya deraian air mata
beulamkan ratap seri terhilang jua

Mampukah
aku mendamakan hati
yang berdarah ini
sehingga mana
atau kering tidak bernyawa

Gerimis dihati

Kususuri mata kelangit petang
Waktu siang melabuhkan masa
terpangil malam yang kan tiba
Warnaan jingga terlakar jua

Dalam susana sekerdip mata
Malam muncul kelam tandanya
Makin hilang sicerah siang
pertanda malam merangkul kesunyian

Bermula lah irama malam berkumandang
Seolah terpanggil menghirukan malam
Tersahut seperti syair gundah
Berirama mendayu di malam indah

Tak ku sangka tetiba alam berubah rupa
Terpancar halilintar bersilauan mata
Tempikan kuat guruh memecah suasana
Tercipta gerimis menitis menghiba

Bila kutatap kejadian alam
Begitu seakan sama rautan hati
Di baluti sedih seakan merintih
Tercipta pedih meraung pedih

Tapi malam tetap mendatang
Mencpta sunyi maian sepi
Terlakar rindu seolah tak berlalu
Terundang gerimis teresak menangis

KASIH KECUNDANG

Sayang,
Kusingkap tabir kenangan lama
Sewaktu cinta terlakar tercoret
Di ketelusan hati bersama memori
Ketika kasih bersama sayang kita dambakan

Kau bagaikan anatara jiwa dan nyawa
Berkait rapat umpama sepakat
Bersama bagaikan tak terpisah jua
Itu lah andaian terungkap kata

Masa berlalu,
makin merendang pepohon cinta tercipta
Berbunga berputik berbuah jua
Menghijau kasih merimbun sayang
Bahagia terasa disegenap jiwa

Tahun berganti musim mendatang
Alam berubah dimakan masa
Terbitan indah keusangan jua
Samar tercipta cinta terduga

Itulah lakaran ngeri tak ku ingini
Kasih kecundang derita terundang
Menghancur lebur bahagia tersungkur
Terdampar kasih sayang terkujur

No comments:

Post a Comment