PADA TANAH FELDA INI
Kami kenal tanah ini
selutnya pernah berbaur
hanyar darah yang tumpah
daripada liang derita para peneroka
lumpurnya pernah tersimbah
daripada batang tumbuh para pejuang
relung tanah ini pernah bergegar
dek jerit pekik pejuang penerokaan
yang mencari benih kebebasan dari kesusahan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng jati diri
bersama cangkul , parang dan keringat bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas kegagalan
Pada tanah bumi bertuah Felda ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari sinar cahaya
untuk bernyala kembali harapan jenerasimu
yang membelah relung tanah ini bersama dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi moden
erti perjuangan penerokaan kian kabur dan luntur
pengaruh petualang membara..
dalam mata fikir anak-anak kini.
Tapi .. kami sebahagian pewaris
Pewaris penerokaan ... tetap bersyukur
kerana dengan korban suci mu FELDA..
MEMBANTU KAMI HINGGA BERJAYA..
yang mencari benih kebebasan dari kesusahan
dadanya pernah mengambus
kujuran kaku anak nusa
yang bangkit membina benteng jati diri
bersama cangkul , parang dan keringat bersahaja
menyambung nyawa – demi tanah ini
tidak diragut ganas kegagalan
Pada tanah bumi bertuah Felda ini
telah tumbuh rimba kemajuan
dan manusia kian lupa asal diri – lalu
api nasionalisme yang lantang bertiup
sejak berdekad lalu kini terpaksa
menunggu sepi mentari sinar cahaya
untuk bernyala kembali harapan jenerasimu
yang membelah relung tanah ini bersama dahulu
kini kian lenyap ditawan arus duniawi moden
erti perjuangan penerokaan kian kabur dan luntur
pengaruh petualang membara..
dalam mata fikir anak-anak kini.
Tapi .. kami sebahagian pewaris
Pewaris penerokaan ... tetap bersyukur
kerana dengan korban suci mu FELDA..
MEMBANTU KAMI HINGGA BERJAYA..
No comments:
Post a Comment