Tuesday, August 14, 2012

CINTA ITU PERASAAN



aku anak kampungan
aku tahu ..aku tak sekayamu
aku mengerti hibaanku
aku menangis sendu
hatiku seperti dihiris- hiris

aku hanya anak gelongan
namun aku ada maruah
aku umpama dahan yang patah
walau kesaorangan  aku pasti tabah

cinta tiada arti buatku
biar lah ia berlalu
kau menyepi…aku terkedu berdiam diri

CINTA ITU PERASAAN

Cinta itu perasaan hati
yang iklas setulus pengertian...
seandai kau mencintai ku
cintailah aku kerana hati ku

kerana keluhuran cintamu
dan pastikan cintamu hanya untukku
tiada yang lain selain aku dihatimu
jua dimata dan meresap kesanubari..

seandainya nanti cintamu
telah tidak lagi untukku....
dan cinta telah berubah laku
lepaskan cinta itu sebaiknya

tanpa ada benci dan dendam...
tapi...selagi ada cinta..
hargailah cinta ini sepenuh jiwa

No comments:

Post a Comment