Sunday, February 5, 2012

NADAMURNI - Sepohon Kayu

2 comments:

  1. Wahai Manusia..Sadarlah…bila berkata ia
    Manusia - Eh, dah subuh dah?
    Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu ....
    Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz

    Manusia - Nak makan, laparlah ??
    Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah....
    Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? ..

    Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
    Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
    Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

    Manusia - Alamak, dah lewat!
    Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.....
    Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

    Manusia - Azan sudah kedengaran.. ..
    Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
    Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.

    Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa...
    Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandangan mu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
    dan mengetahui !
    Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

    Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
    Malaikat - Wahai anak Adam, cegahlah ia..
    Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? ..

    Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
    Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihati lah sesama kamu..
    Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?

    Manusia - aku telah berdosa..
    Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
    Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugilah. ....
    ( kalau sempatlah )

    Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
    Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari
    jalan itu ....
    Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh?

    Manusia - Uuhhh? letihnya hari ini..tak solat lagi nieee?.
    Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat
    untukmu. Solat itu wajib bagimu...
    Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia seronok ni dan kebahagiaan diakhirat
    (jangan mimpilah!) untukmu....

    ReplyDelete
  2. NIKMAT KHUSYUK SOLAT TANDA AMALAN IBADAT LAIN DITERIMA.

    Memandangkan solat adalah perintah Allah swt maka pelaksanaan nya hendaklah dilaksanakan dengan secara khusyuk mengikut perlakuan yang tertib dari awal hingga akhir untuk melindungi seseorang daripada melakukan perbuatan berdosa ..
    Berdasarkan gagasan Israk’ Mikraj .. solat fardu lima waktu menjadi perintah utama kerana ia ibu segala amal ibadah , maka wajiblah dilaksanakan dengan sama ada ketika sihat atau sakit, ia menjadi tonggak kekuatan agama serta iman yang akan menggugurkan segala dosa dan menyelamatkan azab kubur..
    Selain itu kualiti solat juga akan menentukan kualiti pelaksanaan ibadah lain .. kerana ia akan wujud berkaitan kekuatan iman.. jika seseorang itu lemah iman untuk melaksanakan solat..maka ia akan berlaku kepincangan bersolat.. maka berdasarkan perkaitan ini , maka amalan solat itu adalah amalan yang tidak dapat mencegah kemungkaran,,,…atau sebaliknya jika ia dilakukan dengan penuh tatatertib dan beristiqomah maka ia akan dapat membantu seseorang itu untuk mencegah melakukan kemungkaran dan dosa..
    Sebagaimana firman Allah swt dalam al-Quran surah al-ankabut ayat 45 .

    Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar ( faedahnya dan kesannya ) dan
    ( ingatlah ) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan ..

    Oleh itu jika solat itu dilakukan secara lalai maka ia boleh mendatangkan musibah dan memberi kesan buruk kepada ibadah lain dan juga terhadap kelakuan seseorang ..
    Firman Allah swt..
    Dalam surah al- maa’un ayat 5.

    Maka kecelakaan besar bagi orang yang sembahyang
    iaitu ) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya..

    Berbalik kepada peristiwa Israk’ Mikraj yang mana Nabi Muhammad saw dibawa melihat setiap pelakuan manusia nyata dan ghaib.. dalam perjalanan nya juga dibawa melihat syurga dan neraka.. siapa penghuni neraka yang paling ramai..

    Gagasan dan kebenaran dalam Israk’ Mikraj ini hendaklah kita teladani dan pelajari serta dihayati sebaik mungkin bagi kita mengelak diri daripada melakukan pelbagai kejahatan , kemungkaran serta terjerumus ke dalam gaya hidup berdosa..
    Firman Allah swt dalam surah an-Nisaa’ ayat 142

    Sesungguhnya orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah , dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang , mereka berdiri dengan malas, mereka riak kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah melainkan sekali sekala sahaja..

    Oleh sebab itu walaupun kita tidak bertemu dengan Allah swt seperti dialami oleh Nabi Muhammad saw. Berdasarkan gagasan Israk’ Mikraj ,, kita dapat berhadapan dengan Allah swt dalam solat dengan syarat hati kita sepenuhnya mengingati Allah dengan menghindari penyakit syahwat atau bisikan duniawi..
    Menurut Imam Ghazali antara amalan membentuk solat yang khusyuk ialah memastikan amalan permakanan dari sumber rezki yang halal dengan asas pekerjaan yang dibenarkan oleh Islam..
    Sabda Baginda Nabi Muhammad saw. Perbezaan antara manusia dan perbezaan syirik dan kufur ialah dia meninggalkan solat.. ( Hadis riwayat .. Muslim )
    Akhlak yang kurang baik dan keruntuhan morel segelintir golongan umat Islam kini berpunca daripada .. 1. Solatnya tidak khusyuk ..2.Wuduknya tidak sempurna , 3..Pakaiannya tidak bersih dan menjolok mata ,dan 4..Tidak memiliki sifat2 malu kepada Allah..

    ReplyDelete