Thursday, March 24, 2011

zikir penenang hati

1 comment:

  1. Apakah lafaz zikir dan bacaan surah tersebut?

    Ramai percaya masa itu emas atau masa itu wang . Anehnya kita tidak pernah terfikir tentang masa itu yang akan berlalu yang tidak akan kembali lagi .
    Untuk itu bagi menfaatkan kehidupan kita yang semakin hampir kepenghujungnya marilah kita sama-sama memperbanyakkan membaca ayat-ayat al-Quran dan kalimah-kalimah zikir yang boleh menolong kita diakhirat kelak .
    Amalan zikir dan bacaan ayat al-Quran tersebut antaranya ialah:-

    • Astaghfirullah hal a’zim al lazi lailahaillallah hu wal hayyukayyum
    waatubuhu ilai’ - 11 x selepas solat fardu

    • Subhanallah wa biham dihi . - 100 x selepas solat fardu.

    Fadilah bacaan tersebut ialah: - Dihapuskan kesalahannya meski pun kesalahan tersebut sebanyak buih dilautan dan Hadis Nabi saw. Barang siapa membacanya ditanamkan untuknya sebatang pokok kurma disyurga

    • Barang siapa membaca surah al-Mulk setiap hari.
    ( yang mempunyai 30 ayat ) selepas solat fardu Maghrib

    Fadilahnya ialah:-Dapat menyalamatkan kita daripada seksaan kubur dan Hadis Rasulullah saw. Sabdanya:- Sesungguhnya aku bercita-cita supaya surah ini terpahat didalam hati setiap insan daripada kalangan umatku.

    • Barang siapa membaca surah al-Waqi’ah setiap malam.
    ( yang mengandungi 96 ayat ) selepas solat Isyak

    Fadilahnya ialah :- Dia tidak akan menjadi papa selama-lamanya.

    • Barang siapa membaca surah Yasin .( yang mengandungi 83 ayat )
    Selepas solat fardu Maghrib khusus malam Jumaat

    Fadilahnya ialah:- Jika ketika berada didalam kesulitan akan dimudahkan
    oleh Allah akan kesulitan itu dan jika sesiapa merasa sukar untuk membaca surah-surah tersebut bolehla digantikan dengan membaca surah al-Ikhlas sebanyak - 3 x . Pahalanya menyamai membaca sebuah al-Quran.
    • Untuk mendapatkan sebuah rumah disyurga. Rasulullah mengajar umatnya
    supaya mengerjakan solat sunat rawatib sebanyak 12 rakaat sehari semalam
    solat sunat rawatib tersebut ialah -
    - 2 rakaat sebelum solat fardu subuh.
    - 2 rakaat sebelum solat fardu zuhur.
    - 2 rakaat selepas solat fardu zuhur.
    - 2 rakaat selepas solat fardu maghrib
    - 2 rakaat sebelum solat fardu Isyak
    - 2 rakaat selepas solat fardu Isyak

    ReplyDelete