Thursday, March 24, 2011

Raihan - doa taubat

1 comment:

  1. HISAB - Artinya perhitungan , menimbang segala amalan . semua manusia akan dihitung amalan-amalannya dan usahanya serta niat buruk dan baik yang dilakukan semasa diatas dunia.
    Apabila manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing dihalau dan dikumpulkan diperhimpunan Mahsyar. Disana setiap orang akan menerima buku catatan amalannya, dalam buku tersebut siap tercatit segala keterangan amalan dan usaha yang telah dikerjakan.

    Orang yang taat dengan perintah Allah ia akan menerima buku catatan tersebut melalui tangan kanan. Akan tetapi orang yang ingkar, membantah segala suruhan Allah akan menerimanya melalui tangan kiri. segala kandungan yang tercatit dalam buku itu masing-masing membacanya.

    Firman Allah swt.
    Mahhumnya :-

    “ Marilah membaca buku catatan ini, bagi orang yang beramal dengan amalan yang tidak diredhai Allah akan membacanya dan mendapati keburukan amalannya lalu ia berkata sebagaiman – Alangkah baiknya jika buku ini tidak diberikan pada ku walau bagaimana pun ia tetap akan menghadapi Mizan neraca keadilan.”

    MIZAN – Artinya neraca, neraca ini akan menimbang dengan adil dan saksama amalan seseorang berat atau ringan. Maka bereuntunglah dengan balasan yang baik bagi mereka-mereka yang mengerjakan kebajikan masa hidupnya didunia maka beratlah timbangan amalannya.
    Akan tetapi rugilah dan sengsaralah bagi mereka yang tidak mengerjakan kebajikan kerana timbangannya meleset dan ringan.

    Firman Allah swt.
    Mahhumnya :-

    “ Barangsiapa berat timbangannya dengan kebajikan ia senang lenang , selesa dan sentosa hidupnya. Sesiapa yang ringan timbangannya maka tempatnya ialah gaung neraka yang dalam.”

    Selesai dari pertimbangan tersebut maka akan tersua pula dengan Sirat iaitu titian.

    SIRAT – Artinya titian yang menghala keSyurga atau ke Neraka. Setiap orang meniti diatas sirat yang telah terbentang siap dihadapannya. Ada yang melintas terus seperti kilat , ada yang pantas seolah-olah menunggang kuda , ada yang berjalan kaki , ada yang merangkak, ada yang mengisut, masing-masing atas kadar amalannya.
    Maka yang selamat melalui titian ini masuklah mereka keSyurga, akan tetapi orang yang gagal celakalah masuklah mereka keNeraka.

    ReplyDelete